HIBURAN
"Ada Kata Dia Rapati Saya Sebabkan Duit, Padahal Dia Pun Kaya Juga... Kami Sekufu!" - Cik B
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B menafikan spekulasi bahawa lelaki misteri dalam hantaran terbaharunya di Instagram adalah kekasihnya.
BERITA TRENDING: Cik B Terima Hadiah Mewah Dari Jejaka Misteri, Netizen Mula Berteka-Teki - “Anak Datuk Aliff Syukri ni”
Sebaliknya, jelas Cik B, individu berkenaan hanyalah teman biasa yang dikenalinya setelah sekian lama."Dia hanya kawan baik, boleh dikatakan kena 'friend-zone'. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan identitinya, kena tunggu waktu yang sesuai. Apa pun, dia bukan teman istimewa.
"Kami sudah saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, maklumlah kawan baik.
"Masa itu saya tengah bersedih, jadi saya minta dia belikan bunga. Dia pun beli, dan kami keluar makan. Bagi saya, dia memang kawan yang baik," katanya kepada Gempak.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women's Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam tadi.
BERITA TRENDING: Azam 2025 Tercapai! Cik B Dah Jumpa ‘Kawan Sekufu’ - “Kita Ada Qadejah Anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek & Ara Aziz”
Cik B berkata lelaki tersebut merupakan rakan lama, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identitinya, selain menyatakan bahawa dia berasal dari Kelantan.BERITA TRENDING: Tular Video Pakai Jubah Graduasi & Mortar Board, Cik B Sudah Tamatkan Pengajian?
Sebelum ini, hantaran di media sosial Cik B mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat menikmati makan malam bersama lelaki terbabit di sebuah restoran mewah, selain turut menerima sejambak bunga dan hadiah.Dalam masa sama, Cik B mengakui bahawa dia lebih selesa berkawan dengan individu yang sekepala dan serasi dengannya.
"Ada juga yang kata lelaki itu cuba rapat dengan saya kerana duit, tapi ramai tak tahu yang dia sendiri pun kaya. Jadi, kami sekufu.
"Saya memang lebih suka berkawan dengan orang yang 'sekufu', tapi maksud saya dalam konteks persahabatan. Kadang-kadang, kalau tak sekepala, susah juga nak serasi.
"Saya sebenarnya tak kisah soal duit atau harta, yang lebih penting bagi saya adalah cara seseorang itu berfikir," katanya.
Dalam pada itu, Cik B menyifatkan Anugerah Wanita Muda yang diterimanya sebagai satu kejayaan dalam perjalanan sebagai usahawan muda.
"Saya tak sangka, tapi pada masa sama rasa terharu dan bersyukur. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang tak pernah putus menyokong.
"Saya pernah terfikir, adakah saya ini berhak untuk terima penghargaan sebegini? Saya ini biasa-biasa saja, tapi Alhamdulillah semuanya atas berkat doa ibu dan penyokong.
"Dalam banyak-banyak wanita muda lain yang berjaya, saya yang dipilih dan ada rezeki untuk terima anugerah ini," katanya.
Must-Watch Video