Skip to main content

Antarabangsa

Dulu Popular Dalam Drama Pendekar, Kini Jual Sayur & Jadi Penghantar Makanan Di Kampung

Dulu Popular Dalam Drama Pendekar, Kini Jual Sayur & Jadi Penghantar Makanan Di Kampung

Sekilas

  • Gao Hu, pelakon drama pendekar terkenal China, kini meninggalkan dunia hiburan dan memilih kehidupan sebagai petani di kawasan luar bandar Shenzhen.
  • Kerjayanya terjejas akibat beberapa kontroversi termasuk kemalangan serius dan insiden kematian yang melibatkan pekerja, menyebabkan reputasinya terjejas dan peluang lakonan berkurangan.
  • Walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk kembali berlakon, Gao Hu kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana dan tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke industri hiburan.
Advertisement

Pernah menikmati populariti sebagai antara pelakon drama pendekar terkenal di China, kehidupan aktor Gao Hu kini berubah apabila dia dilaporkan meninggalkan dunia hiburan dan memilih untuk mencari rezeki menerusi bidang pertanian.

Pelakon berusia 52 tahun itu yang pernah mencuri perhatian menerusi watak Xu Zhu dalam drama Tian Long Ba Bu pada 2003, kini menjalani kehidupan lebih sederhana di kawasan luar bandar.

Advertisement

Memetik laporan Vietnam.VN, Gao Hu bukan sahaja mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, malah pernah dilihat melakukan kerja penghantaran makanan.

Perubahan kehidupannya berlaku selepas kerjaya lakonannya terjejas susulan beberapa insiden kontroversi yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Pernah Jadi Antara Pelakon Popular China

Advertisement

Gao Hu yang dilahirkan pada 1974 merupakan graduan Akademi Drama Pusat China dan mula mendapat perhatian selepas membintangi Demi-Gods and Semi-Devils.

Watak Xu Zhu yang dibawakannya mendapat pujian penonton sehingga dia pernah dianggap antara pelakon paling sesuai dan tampan memegang karakter tersebut.

Populariti berkenaan membuka peluang buat Gao Hu membintangi beberapa lagi produksi terkenal termasuk The Return of the Condor Heroes (2005), The Sword Stained with Royal Blood (2007) dan Fox Volant of the Snowy Mountain (2008).

Bagaimanapun, perjalanan kerjayanya tidak sentiasa berjalan lancar.

Kerjaya Terjejas Akibat Kontroversi

Menurut laporan sama, Gao Hu pernah terlibat dalam kemalangan ketika menjalani penggambaran pada 2003 apabila kenderaan yang dipandunya dilaporkan mengalami masalah brek.

Kemalangan tersebut menyebabkan seorang kru pencahayaan mengalami kecederaan serius sebelum meninggal dunia di hospital.

Susulan kejadian itu, Gao Hu dilaporkan dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan diarahkan membayar pampasan sebanyak 300,000 yuan kepada keluarga mangsa.

Pada 2012, seorang pekerja pula dilaporkan meninggal dunia dalam satu kejadian di vila miliknya di Beijing.

Gao Hu kemudiannya dilaporkan membayar pampasan sebanyak 350,000 yuan kepada keluarga pekerja tersebut.

Beberapa kontroversi lain turut menjejaskan reputasinya sehingga peluang untuk kembali aktif dalam industri hiburan semakin terbatas.

Kini Pilih Kehidupan Sebagai Petani

Selepas meninggalkan dunia lakonan, Gao Hu dilaporkan mencuba bidang pelaburan hartanah sebelum memiliki tanah pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan di Shenzhen.

Dia kemudian membina sebuah rumah kecil di kawasan ladang tersebut sebagai tempat berehat dan menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Malah, beberapa kenalannya daripada industri hiburan dilaporkan pernah mengunjungi ladang berkenaan untuk mempelajari aktiviti pertanian.

Pada awal 2024, Gao Hu turut dikenali seorang penduduk ketika sedang menghantar makanan.

Menariknya, dia tidak keberatan melayani permintaan individu tersebut untuk bergambar bersama.

Walaupun pernah menyuarakan hasrat untuk kembali berlakon kerana merindui dunia seni, Gao Hu dilaporkan kini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali ke industri hiburan.

Perjalanan hidupnya sekali gus memperlihatkan perubahan besar daripada seorang pelakon popular di kaca televisyen kepada individu yang kini lebih selesa menjalani kehidupan jauh daripada perhatian dunia hiburan.

Sumber: Vietnam.VN

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement