Penyanyi Kaka Azraff berkongsi momen throwback ketika awal perkenalan dengan suaminya, Adam Azriff.

Kata Kaka, permulaan kisah cinta mereka tidak didedahkan kepada sesiapa hingga sampai masanya yang sesuai.

Bagaimanapun, Kaka terkejut apabila menerima pelbagai reaksi daripada orang sekeliling termasuk teman-teman rapatnya.

"Time bercinta tapi tak ada orang tahu. Just us. Sebab nak make sure betul-betul cinta then baru nak reveal dekat kawan-kawan.

"Bila kita reveal about our feeling between each other, sekali kawan tu cakap kitorang penipu sebab sorok our love story dari diorang.

"Ada juga kawan yang begitu prihatin ye sampai hal spender nak tahu," kongsi Kaka menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Tambah Kaka, prinsipnya mudah, beri ruang antara bersahabat dan hal peribadi namun seandainya perkara itu tidak menyenangnya, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu ada solusinya.

"Macam mana close pun kawan itu dengan kita, kita still ada ruang untuk berahsia.

"Tak kisahlah tentang apa pun.

"Tapi bila orang tu marah, apa kita boleh buat? Angkat kaki, jalan... Nak bertekak pun tak guna.

"And now, I'm happy. Happy dengan tempat sekarang. Happy dengan orang sekeliling I.

"Hilang so called 'kawan' tapi jumpa kawan yang lebih hebat I rasa. Kawan yang cuma soal 'the guy solat tak?'.

"Terharu apabila ada kawan yang risaukan part itu dari harta dia. Alhamdulillah, perancangan Allah memang hebat, lain kita rancang lain diberi tapi tepat untuk kita," tambahnya.

Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas merahsiakan hubungan cinta mereka daripada khalayak umum.