Penyanyi Najwa Latif didakwa sebagai bintang yang dipandang rendah walaupun mempunyai suara lunak dan lagu-lagu yang catchy.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sepotong sedutan perbincangan mengenai bakat Najwa Latif yang kurang popular walaupun menghasilkan lagu-lagu kreatif.

“Betul tu.. kenapa @NjwaLatif sekarang ni dah tak popular macam dulu? Padahal dia ade je keluarkan lagu baru,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.Kicauan tersebut nampaknya menarik perhatian tuan empunya badan.

Menurut Najwa latif, dia bersyukur dengan apa yang dikecapinya.

“Sebab apa ada ni dah cukup alhamdulillah. Kalau dapat lebih pun alhamdulillah,” ujarnya menerusi satu kicauan balas.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang memuji sikap rendah diri Najwa.

Jawapan Najwa Latif tersebut juga mendapat perhatian pengacara Neelofa apabila dia dilihat menyokong bakat pelantun lagu Cinta Muka Buku itu.

“I kenal Najwa Latif,” balas Neelofa sehingga membuatkan Najwa terharu.Malah, ramai yang tidak bersetuju apabila Najwa dilabel sebagai ‘underrated’ kerana Najwa merupakan pelopor bagi BBNU (budak baru nak up) suatu ketika dulu.

“Inilah sebabnya saya sayang pada awak. Semoga Allah berikan yang terbaik dan sentiasa melindungi awak,” tulis seorang wargamaya.

“Underrated tu mcm tak kena ja, Najwa Latif ratu BBNU kot. Cuma biasa la artis ada naik turun dia,” sokong seorang wargamaya.

“Bagus gak jadi biasa-biasa ni. Tenang, aman. Kalau popular sangat pun susah gak. Semua benda cerita pasal keluarga la apela sibuk orang nak korek, takde privasi,” kata seorang wargamaya.

“Omg Najwa Latif tak underated okay, dia ada bakat dan dia juga merupakan seorang pensyarah. Jarang lah nak tengok artis jadi pensyarah,” ujar seorang wargamaya.

“Awak bukan underrated, tetapi awak edisi terhad,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Najwa Latif bergelar pensyarah di di UNITAR International University sejak dari tahun 2017 lagi.

Terdahulu, Najwa cukup dikenali dengan lagu-lagu rancak seperti Carta Hati, Kosong, Sahabat, Untuk Dia dan banyak lagi.