Pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya mengemaskini akaun Instagramnya menerusi sepotong video sempena ucapan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Kata Shuk yang ketika itu sedang berjalan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia akan 'bercakap' apabila sampai masa yang sesuai.

"Saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha.

"Cuma nak beritahu, Shuk Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insya-Allah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap," katanya.

Dalam video berkenaan, Shuk dan isteri turut ditemani beberapa lelaki di samping mereka.

Terdahulu, tular kisah yang mendakwa Shuk bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

BACA: Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?

BACA: Warga Twitter Dedah Fara Salleh Pernah Ugut Nak Terjun Bangunan?


Kisah kecurangan itu didedahkan menerusi akaun Twitter @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya netizen akan kesahihan perkara terbabit.