Drama rantaian Hati Yang Dikhianati kini rancak dimainkan dan semakin hebat dengan konflik konfliknya.

Selain dibarisi pelakon wanita hebat seperti Isyariana dan Mona Allen, naskhah bercorak melodrama, dendam dan kekeluargaan ini turut dikuatkan dengan penampilan aktor aktor hebat tanah air.

Siapakah mereka? Jom berkenalan.

Drama yang diadaptasi dari telenovela popular Venezuela, Mis Tres Hermanas ini menemui penonton menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang.

Zamarul Hisyam (Iskandar)



a. Abang sulung kepada Syaz, Lisa, Batrisya. Melakonkan watak abang sulung yang penuh dengan sifat kebapaan. Menjaga adik-adiknya bersama Ngah Husin. Iskandar sangat menyayangi adik-adiknya. Iskandar menjalankan perniagaan membekalkan bahan binaan dengan Ngah Hussin dan Maria. Sifat kelelakian Iskandar telah membuatkan dia membantu menyelamatkan Maria dari jalanan lalu mengahwininya dan menjaga seperti menatang minyak yang penuh.
b. In Real Life: Zamarul pernah bekerja dalam bidang pembinaan (construction) iaitu di sebuah syarikat seni bina sebelum terjun masuk ke bidang lakonan. Zamarul juga merupakan seorang individu yang aktif mengayuh basikal dan berniaga cucur keria di Shah Alam.
c. Link: @zamarulhisham93

Shah Iskandar (Imran)



a. Merupakan suami Syaz dan ayah kepada Aurora dan Alisya. Dia merasakan dirinya seorang suami dan lelaki yang tidak berguna lantaran isterinya menjana pendapatan lebih dari dirinya. Sebelum ini Imran merupakan seorang pelakon, pengarah dan kini tidak bekerja. Dia merupakan seorang yang kelakar. Cuba untuk memiliki studio sendiri namun sedang berusaha mengembang kerjayanya dalam lakonan.
b. In Real Life: Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura, pelakon ini menjejakkan kaki dan membuat penampilan sulungnya ke Industri Filem Malaysia pada tahun 2009, dijemput oleh Dato' Yusuf Haslam untuk peranan dalam siri TV yang terkenal, Gerak Khas.
Bakat segar Shah mendapat perhatian ramai. Perlahan-lahan ramai pembikin filem dan pihak berkepentingan industri menawarkan lebih banyak peluang kepadanya. Sambil mengasah lakonannya, dia juga pantas menawan hati penonton, mendapatkan populariti lantaran personalitI yang menyenangkan. Pada 2014, Shah membawa pulang anugerah pertamanya untuk TVStar Lelaki Paling Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
a. Link: @shahiskandarmahfuz

Fendy Bakry (Adam)



a. Majikan kepada Syaz dan pemilik agensi pengiklanan. Sangat meminati Syaz dan cuba memecah belahkan rumah tangga pekerjanya itu. Single and ready to mingle!
b. In Real Life: Fendy Bakry ialah antara pelakon ter-hot di Malaysia selepas megadrama Mr Grey dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.
Sudah berkahwin dan (maaf ya wanita di luar sana) dan sangat menyukai kucing.
c. Link: @fendybakry

Dato Raja Rezza Shah (Dr Aman aka Akmal Mansur)



a. Ketua pakar virologi di sebuah hospital. Mempunyai masa lampau yang hitam serta mengerikan, membuatkan dirinya menjadi seorang pendera kerana masalah kesihatan mental. Doktor Aman hilang ingatan dan kemudian bertemu dengan Delia, lalu mengahwininya. Mahu kembali menebus kesilapan dirinya namun proses ini membuatkan dirinya lebih kemurungan.
b. In Real Life: Mula berlakon pada tahun 1970an termasuk filem terkenal Ali Setan, Shah Rezza juga adalah pelakon serta penyanyi yang terkenal dan seorang yang cukup dermawan.
c. Link: @shahrezza61

Amar Bahrin (Zuhri Elyas)



a. Jurutera yang mengetuai Syarikat Pembinaan Solis. Memiliki sikap yang kuat membuli dan mengusik pada mulanya tetapi mungkin disebabkan oleh didikan yang diterima. Dilahirkan oleh seorang ibu tunggal, tiada bapa dan ini membuatkan dirinya mempunyai masalah menghormati wanita. Seorang playboy, yang berubah apabila bertemu dengan Lisa. Bertunang dengan Athira. Ilyas seorang yang sangat berani.
b. In Real Life: Seorang bapa kepada dua anak yang lembut dan penyayang, dan suami kepada Amyra Rosli yang menakjubkan. Amar merupakan peserta realiti TV Anak Wayang di Astro. Amar juga merupakan seorang peminat lagu—lagu dan kumpulan metal.
c. Link: @amarbaharin