HIBURAN
Ada Pertalian Darah Dengan Da’i Syed Bukan ‘Tiket’ Untuk Syed Iqbal Tumpang Populariti - “Kalau Orang Tahu Pun, Tetap…”
Penyanyi dan pendakwah bebas, Syed Iqbal meluahkan rasa syukur dan gembira apabila lagu solo pertamanya, Basstamam berjaya meraih perhatian ramai tanpa mereka mengetahui dirinya merupakan adik kepada pendakwah terkenal, Da’i Syed.
Menurut Syed Iqbal atau nama sebenarnya Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil, 24, dia lebih selesa dikenali menerusi karya nyanyiannya sendiri dan bukan atas populariti yang berkaitan dengan ahli keluarganya.
“Setiap orang pun mereka taknak dia popular disebabkan tumpang populariti orang lain. Jadi, saya sangat gembira sebab lagu ini dapat cetuskan orang kenal siapa penyanyi lagu ini iaitu Syed Iqbal.
“Kalau orang tahu pun, tetap orang akan kenal lagu Basstamam itu Syed Iqbal yang nyanyi tanpa orang tahu yang saya ni adik kepada Da’i Syed,” katanya kepada Gempak.
Syed Iqbal berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media lagu Basstamam Syed Iqbal yang berlangsung di Restoran Al-Sultan, Glenmarie, Shah Alam pada Selasa.Pada masa sama, penyanyi itu juga menyatakan dirinya tidak terkesan dengan pandangan atau tanggapan negatif daripada sesetengah pihak yang mempertikaikan niat atau tujuan sebenarnya dalam menceburi dunia seni.
“Kalau orang nak cakap, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Jadi, bagi saya apa orang nak cakap teruskan. Saya tidak mempunyai masalah itu sahaja,” jelasnya.
Bagaimanapun, Syed Iqbal menegaskan dia tetap akan berpegang pada prinsip menjaga tingkah laku dan memperlihatkan contoh yang baik dalam setiap tindakan yang dilakukan, termasuk ketika bergiat dalam bidang hiburan.
“Saya sudah bersedia untuk menerima segalanya. Sebagai seorang islam atau manusia, kita ada SOP yang kita kena jaga. Bagi saya itulah yang saya kena jaga,” tegasnya.
Untuk info, lagu Basstamam nyanyian Syed Iqbal kini mencecah lebih 230,000 tontonan selepas hanya 11 hari dimuat naik di platform YouTube.BERITA BERKAITAN: Syed Iqbal Akui Pernah Berkahwin Kini Mula Mengenali Hati Budi Seseorang - “Perkahwinan Itu Aturan Keluarga”
BERITA BERKAITAN: Da’i Syed Terbuka Terima Tawaran Berlakon, Tapi Hanya Mahu Watak Islamik - “Saya Masuk Dalam Industri Ini…”
BERITA BERKAITAN: “Moga Allah Angkat Musibah Kita…” - Hana Ismail Titip Ucapan Hari Lahir Buat Suami, Syed Iqmal
BERITA BERKAITAN: Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”
Must-Watch Video