gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hati Masih Belum Berpunya, Shiqin Kamal Mahu Suami ‘Provider’ - “Sebab Kita Nak Main…”
HIBURAN
Pereka Ivan Gunawan Dakwa Dikelilingi Malaikat Berupa Manusia Sewaktu Tunai Haji
HIBURAN
“Itu Rahsia Yang Saya Buka Hari Ini…” – Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Tentang Gigi ‘Taring’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Syed Iqbal Akui Pernah Berkahwin Kini Mula Mengenali Hati Budi Seseorang - “Perkahwinan Itu Aturan Keluarga”

gempak
Ainun Md Zooki
10/06/2025
09:47 MYT
Sponsor Banner
Syed Iqbal Akui Pernah Berkahwin Kini Mula Mengenali Hati Budi Seseorang - “Perkahwinan Itu Aturan Keluarga”
Penyanyi dan pendakwah bebas, Syed Iqbal mengakui pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2022.
Menurut Syed Iqbal atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Iqbal Jamalullail, 24, perkahwinan yang bertahan hanya setahun itu merupakan aturan keluarganya sahaja.
“Itu adalah kehidupan yang saya pernah jalani dan ya saya pernah berkahwin cuma ianya tidak kekal lama.

“Perkahwinan tersebut adalah aturan keluarga.

“Ketika itu pada tahun 2022 sewaktu saya berusia 21 tahun dan kami berpisah pada tahun 2023,”katanya kepada Gempak.
Syed berkata demikian ketika menghadiri majlis sesi sidang media lagu BASSTAMAM yang diadakan di Al-Sultan, Glenmarie, Shah Alam pada Selasa.
Dalam pada itu, adik kepada pendakwah bebas Da’i Syed itu berkongsi dia tidak serik dengan perceraian yang berlaku.
“Saya lebih selesa menjaga privasi sebab bagi saya setiap orang ada kehidupan yang mereka perlu jalani.

“Saya juga tidak serik dan menyesal (dengan perceraian) sebab itu adalah takdir dan salah satu daripada rukun iman kita,” jelasnya.

Malah, dia yang kini dikaitkan sedang mengenal hati budi seorang pempengerauh terkenal meluahkan rasa terbuka untuk mendirikan rumah tangga di masa akan datang.
“Insya-Allah kalau sampai waktunya untuk saya berkahwin, saya akan berkahwin.”
“Namun buat masa ini apa yang saya boleh katakan adalah saya masih ‘single but not available’,” kongsinya.
Sekadar info, video muzik lagu ‘Basstamam’ nyanyian Syed Iqbal kini mencecah lebih 230,000 tontonan selepas 10 hari dimuat naik di platform YouTube.
Topic Berkaitan
#Berkahwin
#Duda
#pernah
#Syed Iqbal
Must-Watch Video