HIBURAN

Ada Sebab Cik B Dikelilingi Pekerja Majoriti Lelaki - “Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang…”

Mya Amri 28/07/2025 | 04:55 MYT
Anak kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberikan penjelasan selepas ada netizen mempersoalkan mengenai pekerjanya yang majoriti terdiri daripada lelaki.

Ada pembantu wanita


Menurut Cik B, dia sememangnya sudah lama mempunyai pembantu peribadi (PA) perempuan, namun pembantunya itu lebih selesa bekerja di belakang tabir.

“Saya memang lama dah ada PA sendiri ya. Ni saya tunjuk lagi PA saya sebab dalam video semalam tu tak nampak kakak PA ni.


“Kakak PA ni selalu akan kemana-mana dengan saya tapi jarang kelihatan di video video saya sebab kakak PA ni selalu kerja belakang tabir. Ramai lagi staf saya di belakang tabir,” jelasnya.


Cik B berkata demikian selepas sebuah video tular di TikTok merakamkan dirinya sedang berusaha menguruskan pergerakan sendiri dalam keadaan menggunakan kerusi roda dan bertongkat sambil dibantu pengawal peribadi serta pemandunya.

Ada sebab ramai pekerja lelaki


Menjelaskan mengenai video tersebut, Cik B berkata dia memilih untuk menguruskan sendiri pergerakannya kerana tidak mahu bergantung kepada sesiapa.

“Masa ini memang perlukan kudrat lelaki ya sebab tu PA duduk tepi sekejap bagi laluan untuk saya lalu. PA dan bodyguard semua satu kereta masa ni.

“Masa ni pemandu tolong betulkan kerusi roda, bodyguard tolong pegang tongkat. Dia orang cuma nak tolong saya.


“Semua pergerakan saya kena buat sendiri sebab saya tak bagi orang tolong. Pergerakkan lagi susah kalau orang pegang saya,” jelasnya.

Mohon maaf andai kurang selesa


Dalam hantaran yang sama, Cik B juga memohon maaf sekiranya video tersebut menimbulkan rasa kurang selesa sesetengah pihak.

Kata Cik lagi, bagaimanapun dia bersyukur kerana dikurniakan staf yang baik dan ikhlas dalam menjaganya.

“Saya minta maaf kalau ada yang tak selesa. Saya syukur sangat Allah hadirkan staf yang baik. Korang doakan saya kuat ya,” coretnya.


Terdahulu, Cik B mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri selepas melakukan aktiviti ketika program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran sebelum ini, Cik B memaklumkan doktor mengesahkan dirinya mengalami Tibial Fracture pada bahagian lutut kirinya setelah menjalani ujian x-ray.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Approved, Ammar Ahyan Makan Malam Dengan Cik B - “Kita Makan Nasi Ayam Cara Kelantan”

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiahkan Cermin Mata Untuk Bodyguard Cik B, Netizen Tersentuh Hati Tengok Kacak - “Aku Rasa Kacak Ni…”

ARTIKEL BERKAITAN:Cik B Akui Tak Dapat Duit Raya, Hairan Orang Takut Nak Bagi - “Kalau RM2 Ke RM3 Pun Saya Terima, Janji Beri Dengan Ikhlas”

ARTIKEL BERKAITAN:Azam 2025 Tercapai! Cik B Dah Jumpa ‘Kawan Sekufu’ - “Kita Ada Qadejah Anak Datuk Aliff Syukri, Alyssa Dezek & Ara Aziz”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Nak Ke Anak Nampak Cantik…” - Netizen Mula Bandingkan Qadejah & Cik B, Mahu Datuk Vida Buat Sesuatu


Untuk info, tibial fracture bermaksud patah tulang tibia, iaitu salah satu tulang utama di bahagian bawah kaki.

Tulang tibia juga dikenali sebagai tulang kering, dan ia adalah tulang yang menyambung lutut ke pergelangan kaki.

Jika seseorang mengalami tibial fracture, ini bermakna tulang tibia mereka telah retak atau patah, biasanya akibat hentakan kuat, terjatuh, atau kemalangan.

@salmonskincikb Replying to @Azlina61 kakak cik b memang lama dah ada PA sendiri ye Ni Cik B tunjuk lagi PA Cik B sebab dalam video semlam tu tak nampak kakak PA ni kan Kakak PA ni selalu akan kemana mana dengan Cik B tapi jarang kelihatan di video video CikB sebab kakak PA ni selalu kerja belakang tabir Ramai lagi staf cik b di belakng tabir #staf #baik #bodyguard #driver #pa #alhamdulillah #ramai #orangbaik #hadir ♬ original sound - SALMON SKIN SALTED EGG CIK B

#Datuk Vida #Cik B #Patah Kaki #Pekerja