Perbicaraan kes pertuduhan gangguan seksual pendakwah bebas Ebit Lew yang menampilkan saksi ketujuh membawa kepada fakta baharu.

Menerusi keterangan yang diberikan saksi ketujuh perbicaraan Ebit Irawan Ibrahim Lew, Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit Ebit Lew yang dianalisisnya.

BACA: "Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar" - Ebit Lew Menangis Hadiri Pengebumian 4 Beradik

Latifah berkata laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

"Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

"Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah," katanya sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Majistret seperti dilaporkan BERNAMA.

Selepas fakta tersebut dilaporkan media, ia menerima beragam reaksi dalam kalangan wargamaya atau netizen.

Antara komen yang ditinggalkan seorang netizen meminta agar masyarakat husnuzon atau berbaik sangka dengan orang lain selepas berita tersebut tersebar.



“Husnuzon, dia buka website porn sebab nak dakwah dalam tu. Macam biasa la kan dia buat dakwah dalam club,” tulis seorang netizen seperti dilihat Gempak.

Untuk rekod, Ebit, 37, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

BACA: Jadi Saksi, Firdaus Wong Mengaku Lihat Gambar Kemaluan Lelaki Dari Kiriman Whatsapp Ebit Lew

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.