Laman Utama

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik

gempak
Syafiqah Jalal
31/03/2023
08:40 MYT
Sponsor Banner
“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Raut wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, malam tadi dikatakan dalam keadaan amat bersih langsung tiada kesan terbakar.
Perkara itu didedahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya malam ini.
"Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
"Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas," katanya.
Kejadian pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.
Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar.
Menceritakan lawatannya itu, Ebit Lew berkata, dia sedih dan menangis selepas menghadiri pengebumian jenazah empat beradik berkenaan.
Katanya, dia turut sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan pengurusan jenazah di Muar Johor.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini," katanya.
Menurut Ebit Lew, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barang elektrik dan televisyen.
Malah katanya, wanita itu memaklumkan salah seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.
"Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024