Pelakon Adam Shahz berharap agar jalan cerita filem Town Mall tidak dibandingkan dengan novel.

Merupakan adaptasi karya hasil tulisan Hasrudi Jawawi, filem ini sudah mula ditayangkan di Astro First bermula 25 Jun lalu.

"Karya ini mempunyai peminat tersendiri memandangkan ia merupakan novel seram popular.

"Jadi, siapa yang dah membaca novel ini mesti sudah tahu jalan ceritanya.

"Tenaga produksi menghadapi cabaran untuk menvisualkan karya ini. Filem Town Mall mempunyai keunikan tersendiri, jadi saya harap agar peminat tidak membandingkan antara novel dan filem," kata Adam.

Membawa watak Malik, Adam juga bercerita serba sedikit mengenai cabaran yang dihadapi olehnya.

"Cabaran yang dihadapi untuk saya hidupkan watak Malik dalam Town Mall ialah bagaimana mahu meyakinkan penonton sendiri.

"Watak Malik mempunyai misteri tersendiri dan ia hanya akan dirungkai pada pengakhir cerita.

"Untuk mengetahui apakah kesudahan watak Malik, peminat harus melanggan filem ini di Astro First!" katanya lagi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem Town Mall di pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.


Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!


Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.