Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Adik Fattah Amin Beri Kata-Kata Semangat - “Moga Allah Pelihara Insan Insan Istimewa Ini Daripada Dicaci & Dihina”

Mya Amri
08/10/2024 18:50 MYT
Adik kepada pelakon, Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan memberikan kata-kata semangat buat abang kesayangannya.


Semoga terus kuat



Raihan menerusi akaun Insta Story miliknya mendoakan agar insan-insan istimewa dalam hidupnya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.

“Moga Allah pelihara insan insan istimewa ini daripada dicaci dan dihina. Allah bersama sama dengan kita semua,” tulisnya.


Coretan itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan Fattah sedang tersenyum bersama kedua-dua ibu bapanya.

Dalam hantaran seterusnya, Raihan juga tidak lupa menitipkan ucapan buat bekas isteri Fattah iaitu Fazura dan juga anak mereka, Nur Fatima Aisya.

“Moga sentiasa dalam jagaan Allah buat Fatima, daddy dan mommynya,” coretnya.


Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi Isnin.

Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

ARTIKEL BERKAITAN:Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN:Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Perjelas Isu Terima Hadiah Kereta Mewah Daripada Fazura - “Itu Syarikat Punya, Gaji Saya Ditolak Untuk Bayar…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN:Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”


Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
#Fattah Amin #Fazura #cerai #Nur Fazura #Adik Fattah
;