Pelakon Fathia Latiff terus dihujani dengan pertanyaan daripada warganet apabila berkongsi momen-momen indah sempena hari perkahwinan adik perempuannya, Dr. Fasiha hujung minggu lalu.

Mula memuatnaik majis khatam al-Quran Fasiha, Fathia kelihatan manis bertudung dan lengkap dengan persalinan serba putih.



Selain itu, pelakon drama Ariana Rose itu turut mencuri perhatian mempersiapkan Fasiha ketika hari bahagianya.

Ringkas sahaja ucapan Fathia buat Fasiha. Tulisnya; "Selamat pengantin baru."

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)


Namun, hantaran terbabit terus dihujani komen peminat yang tidak sabar menantikan hari bahagia Fathia pula selepas ini.

"Semoga Fathia bertemu jodoh.

"Adik-adik kahwin dulu daripada kakak. Tahniah. Kakaknya bila nak kahwin?

"Subhanallah, yang sebalah tu boleh dikata bakal pengantin tu pun cantik juga.

"Selepas ini, Fathia dan Caprice. Perkahwinan yang sangat ditunggu-tunggu," tulis beberapa pengguna di ruangan komen Instagram.



Untuk rekod, Fathia dan Caprice pernah bertegang urat sekitar tahun 2018 dalam beberapa isu.

Caprice juga pernah menjemput Fathia dalam satu sesi wawancara yang disiarkan di media sosialnya berkenaan hijrah dan pemakaian tudung tahun lalu.

BACA: Kekasih Mesej Perempuan Lain Punca Fathia Pernah Buka Tudung