Viral

Kekasih Mesej Perempuan Lain Punca Fathia Pernah Buka Tudung

gempak
Amri Hassan
06/07/2020
05:48 MYT
Sponsor Banner
Kekasih Mesej Perempuan Lain Punca Fathia Pernah Buka Tudung
Pelakon Fathia Latiff mendedahkan punca dia membuka tudung pada tahun lepas kerana kecewa dengan tindakan kekasihnya yang curang.
Kata Fathia, dia memberontak apabila mendapat tahu kekasihnya itu punyai hubungan dengan wanita lain.
"Ia berpunca daripada seorang lelaki hingga saya membuka tudung, saya memberontak apabila kantoi dia mesej perempuan lain.
"Kenapa saya nak jadi innocent sedangkan orang masih buat tak baik pada saya.
"Saya hilang diri saya dan merasakan apa yang terjadi semuanya satu kesilapan," katanya menerusi temu bual khas bersama Caprice.
Dalam temu bual tersebut Fathia menceritakan semula pengalamannya daripada tidak berhijab, berhijab dan membuka semula hijabnya hingga kembali berhijab awal tahun ini.
Kongsi Fathia dia mula memakai tudung pada 2016 selepas ternampak arwah datuknya ketika sedang berseronok di pusat karaoke.
Dan terbaharu, Fathia kembali bertudung selepas bergaul dengan rakan-rakan berbeza agama.
"Ketika solat saya rasa macam tenang, baru sedar rupa-rupanya saya ni orang Melayu, Islam yang kena pakai hijab," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live