,
Laman Utama

Adira Suhaimi Tumpang Rezeki Anak-Anak, Akui Kehidupan Kelam Kabut Tapi…

Asyikin Mayudin
15/11/2022
03:55 MYT
Dikurniakan empat orang cahaya mata, penyanyi Adira Suhaimi menganggap kehidupannya kini sudah lengkap dan sempurna selain bersyukur dengan rezeki yang diterima dari segi kerjaya dan anak-anak.
Bertanya mengenai kehidupannya sekarang selepas kehadiran bayi keempat, Ayub pada 29 September lalu, Adira berkata dia berseronok walaupun hidupnya agak kelam kabut menguruskan anak-anak.
“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih lengkap dan sempurna. Jujurnya saya seronok dan saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, dari segi kerja mahupun anak-anak, semuanya adalah rezeki dari Allah.
“Saya percaya apa yang saya ada sekarang, semuanya saya tumpang rezeki anak-anak saja sebenarnya. Dan kalau bertanya mengenai situasi, saya juga sudah biasa dengan situasi kelam kabut.
“Jadi saya boleh mengendalikan semua. Memang pada awalnya saya pun pening kepala tapi lama-lama alhamdulillah saya boleh uruskan,” katanya kepada Gempak.
Adira yang juga pemenang tempat kedua di Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu berkata, dia kini juga kembali aktif dengan kerjayanya tapi pada masa sama memberi keutamaan pada anak-anaknya.
“Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang ini. Sebelum saya pergi bekerja di luar, saya akan fikir anak-anak dulu macam mana. Terus terang saya bukanlah memilih, tapi kalau pekerjaan itu terlalu jauh dan terlalu lama, memang saya akan fikir dulu.
“Tapi setakat ini syukur tiada halangan dan semuanya berjalan dengan lancar. Sebab saya sudah biasa dan saya juga mempunyai pembantu untuk menjaga anak-anak,” katanya yang akan mengeluarkan single duet bersama Khai Bahar berjudul Pejam, sekitar tahun depan.
Terdahulu, Adira berkahwin bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Hiburan

“Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars

gempak
09/11/2024
08:30 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi percaya bahawa rakan seindustrinya, Stacy, mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Akhil Mikhail Raih Kedudukan Pertama & Baiq Balqis Tersingkir Di Minggu Suku Akhir

gempak
25/10/2024
18:55 MYT
The Chosen One 2024 minggu ke enam telah menyaksikan lima peserta layak ke minggu yang separuh  akhir.
Unitar