HIBURAN
Adzrin Adzhar Sebak Nyanyi Dengan Aina Abdul, Kenang Peristiwa Hitam Hidupnya - "Saya Pernah Difitnah Sampai… "
Penyanyi dan pempengaruh, Adzrin Adzhar gagal menahan air mata semasa menyampaikan lagu Jangan Mati Rasa Itu bersama penyanyi asal, Aina Abdul di sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini.
Jelas pelantun lagu Pujaan Malaya itu, momen bersama Aina itu membuatkannya teringat akan peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya.
“Saya pernah difitnah sampai masuk penjara, satu Malaysia tak percaya saya. Saya tahu rasa sakit kena kecam itu.
“Saya tahu rasa sakit bila kita usaha paling baik untuk semua orang sebab kita jenis penyayang tapi still kita di labelkan paling buruk,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adzrin juga menyatakan dia dapat merasai apa yang dilalui oleh Aina Abdul pada ketika ini.
Kata Adzrin dia sangat memahami rasa sakit apabila dibanding-bandingkan dengan individu lain.
“Saya faham rasa sakit dibanding-bandingkan saya faham rasa sakit kena gelak bila kita jatuh, orang nasihat dan beri semangat, saya hargai tapi orang lupa kami juga manusia biasa,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Aina Abdul menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adzrin kerana sentiasa memberi sokongan kepada komposer berbakat besar itu.
Must-Watch Video