Skip to main content

Artis Antarabangsa

Hailey Bieber Dedah Alami Gangguan Emosi Teruk Selepas Bersalin, Rupanya Hidap PMDD

Hailey Bieber Dedah Alami Gangguan Emosi Teruk Selepas Bersalin, Rupanya Hidap PMDD

Sekilas

  • Hailey Bieber berkongsi pengalamannya menghadapi gangguan Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD) selepas melahirkan anak sulungnya, Jack Blues, pada Ogos 2024.
  • Dia menjelaskan PMDD menyebabkan perubahan emosi yang lebih teruk berbanding sindrom prahaid biasa dan menegaskan pentingnya kesedaran serta perbincangan terbuka mengenai kesihatan wanita.
  • Hailey juga menyatakan hasrat untuk menambah anak lagi, namun mahu menikmati kehidupan sehari demi sehari tanpa terburu-buru membuat keputusan.
Advertisement

Personaliti popular, Hailey Bieber mendedahkan pengalaman berdepan gangguan Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD) selepas melahirkan anak sulungnya, Jack Blues, pada Ogos 2024.

PMDD adalah gangguan emosi dan fizikal yang serius berkaitan perubahan hormon sebelum haid. Antara simptom yang boleh dialami termasuk perubahan emosi melampau, mudah marah, kemurungan dan keresahan yang lazimnya muncul dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum haid.

Advertisement

Gejala berkenaan biasanya mula berkurangan dalam beberapa hari selepas haid bermula, menurut Pejabat Kesihatan Wanita Amerika Syarikat (Office on Women's Health).

Ibu berusia 29 tahun yang juga pengasas jenama kecantikan Rhode, mengakui keadaan itu menyebabkan dirinya mengalami perubahan emosi yang jauh lebih kuat berbanding sindrom prahaid (PMS) yang pernah dialaminya sebelum ini.

Dalam temu bual bersama Women's Wear Daily (WWD) isteri Justin Bieber itu berkongsi bagaimana pengalaman bergelar ibu membuka matanya terhadap kepentingan kesihatan wanita, khususnya perubahan fizikal dan emosi sepanjang kehamilan serta selepas bersalin.

Advertisement

“Terutamanya selepas saya mempunyai anak sendiri. Ia merupakan satu perjalanan yang sangat mendalam dan istimewa buat saya.

“Terlalu banyak perkara berlaku ketika hamil, semasa proses bersalin dan sepanjang perjalanan sebelum menyambut kelahiran anak,” katanya seperti dilaporkan People.

Menurutnya lagi, cabaran yang dilaluinya tidak berakhir selepas melahirkan Blues, sebaliknya dia turut berdepan PMDD dalam tempoh selepas bersalin.

Jelas Hailey, masih banyak perkara berkaitan keadaan kesihatan wanita itu yang kurang dibincangkan secara terbuka, selain penyelidikan mengenainya juga masih terhad.

“Selepas melahirkan anak, saya sedikit sebanyak bergelut dengan keadaan itu. Malangnya, masih tidak banyak perbincangan atau penyelidikan mengenainya,” katanya.

Dia juga turut percaya keterbukaan berkongsi pengalaman sedemikian mampu membantu wanita lain berasa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi situasi sama.

“Bagi saya, perbualan seperti ini membuatkan saya berasa kurang bersendirian. Apabila kita dapat saling memahami, berkongsi pengalaman dan bercakap mengenai perkara yang sedang kita lalui, perjalanan itu tidak lagi terasa begitu sunyi,” ujarnya.

Ini bukan kali pertama Hailey berkongsi mengenai diagnosis PMDD yang dialaminya.

Ketika muncul dalam podcast SHE MD pada Mac lalu, dia  mendedahkan menerima diagnosis tersebut kira-kira enam bulan selepas melahirkan anak lelakinya itu.

Hailey berkata, meskipun pernah mengalami PMS sebelum hamil, perubahan emosi yang dirasainya selepas bergelar ibu jauh lebih ketara, terutama pada hari-hari menjelang kedatangan haid.

“Saya mula merasakan keadaan ini jauh lebih teruk berbanding sebelum ini, khususnya apabila menghampiri waktu haid.

“Ketika itu, saya tertanya-tanya mengapa semuanya terasa seperti seluruh hidup saya bakal berakhir. Saya sendiri tidak faham. Terlalu banyak fikiran dan perasaan bercampur-baur sehingga perkara kecil pun terasa seperti masalah yang sangat besar,” katanya.

Bagaimanapun, Hailey menjelaskan perasaan tersebut biasanya mula reda sebaik sahaja haid bermula dan simptom yang dialaminya juga semakin bertambah baik dari semasa ke semasa.

Di sebalik cabaran yang dilalui selepas bersalin, Hailey tidak pernah menyembunyikan betapa bermaknanya pengalaman bergelar ibu dalam kehidupannya.

Dua selebriti dunia itu menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Jack Blues, pada 22 Ogos 2024.

Malah, dalam satu kemunculan menerusi podcast Therapuss, Hailey mengakui menjadi seorang ibu merupakan impian yang sudah lama disimpan.

“Ia sangat menyeronokkan. Saya memang sudah tahu sejak dahulu bahawa saya mahukan anak dan sentiasa mahu menjadi seorang ibu,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan keluarga pula, Hailey tidak menafikan hasrat untuk menambah cahaya mata, namun mengakui tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

“Saya memang mahukan seorang lagi anak. Saya tidak tergesa-gesa, tetapi saya memang mahukannya. Mungkin saya akan mempunyai empat orang lagi anak, mungkin tiga.

Saya sendiri tidak tahu. Buat masa ini, saya hanya mahu menikmati kehidupan satu hari pada satu masa,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement