Hiburan
AF2016: Reshma Jelmaan Jaclyn Victor
Pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) Reshma antara pelajar yang berjaya mencuri tumpuan netizen selepas diperkenalkan kepada menerusi sidang media baru-baru ini.
Reshma atau nama sebenarnya Kareshma Martin John Patrick yang membawakan lagu dangdut berjudul Goyang Inul nyanyian asal penyanyi Indonesia, Inul Daratista membuatkan netizen terkedu dengan vokalnya.
Persembahan Reshma itu telah ditonton secara live menerusi Facebook Akademi Fantasia pada Selasa dan menerima banyak komen positif.
Rata-rata penonton yang mendengar suaranya melabelkan pelajar berusia 18 tahun itu umpama jelmaan penyanyi Jaclyn Victor.
Lebih menarik lagi, Reshma sebenarnya agak kekok untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu memandangkan dia menetap di luar negara sebelum ini.
Selain Reshma, 13 pelajar AF yang lain adalah Amal, 21, Amir, 20, Ikram, 26, Zarol, 23, Rais, 22, Halmy, 23, Isa, 23, AFI, 23, Ara, 19, Rahila, 20, Riana, 26, Jasper, 23, Asha, 20, dan Reshma, 18.
Nak tahu hebat atau tidak vokal Reshma, saksikan AF 2016 akan mula bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 Ogos ini.
Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.
Must-Watch Video