Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Afifah Nasir Dilamar Syed Harris Atas Pesawat Ringan!

Amri Hassan
24/02/2024 09:13 MYT
Mewah! Demikian momen lamaran yang diterima pelakon jelita Afifah Nasir oleh kekasihnya, Syed Hariz semalam.

BERITA TRENDING: Afifah Nasir Ada Sebab Sorok Kekasih Hati - “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Cerita Terlalu Banyak…”

Detik istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Afifah menerusi hantaran di media sosial Instagramnya pada Sabtu.

"Ms Afifah, if I may ask how would you like to be Mrs. Hariz this year?" tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)


Lebih manis, momen lamaran itu dilangsungkan ketika pasangan yang berbusana serba biru itu menaiki pesawat ringan.

Berita gembira itu mendapat ucapan tahniah daripada rakan, peminat dan warganet yang tidak sabar menantikan hari bahagia mereka, difahamkan pada tahun ini juga.

"Wow romantisnya dia. Happy for you adik saya," puji Zarina Zainuddin.

"Nangis! Congratulation," tambah Shaza Bae.

"Congrats baby! So happy for you," tulis Intan Najuwa.

Foto: GLAM Malaysia

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO] Dalam Pada Puji Nyanyian Afifah Nasir, Anzalna Tetap Selit Gurauan - “Suara Sedap Boleh Diasah Dengan…

#pelakon #Viral #Afifah Nasir #Tunang #Helikopter #Syed Hariz