Barangan elektronik antara yang ‘diambil’ penceroboh yang memecah masuk Mydin Mart di Shah Alam, pagi Selasa lalu.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa kira-kira 100 individu yang memecah masuk berniat melakukan rompakan kerana mereka bersenjatakan pisau dan parang.
Dakwa beliau lagi, mereka bukan mencuri barang-barang makanan yang boleh dimakan tetapi mengambil barangan elektrik dan pelbagai barangan lain yang berharga seperti jam, peralatan komputer dan sebagainya di tingkat satu kedai tersebut.
Sejak semalam, tular di laman sosial rakaman video penceroboh yang mengambil kesempatan di atas musibah yang berlaku.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman video tersebut terkejut apabila melihat salah seorang daripada penceroboh membawa keluar sebuah ketuhar elektrik dengan senyuman di wajah tanpa rasa bersalah
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram(IG) 15Gagmy, ramai netizen meninggalkan komen supaya penceroboh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
“Agak-agak la pun…Mentang-mentang owner dah halalkan (makanan sahaja untuk kelangsungan hidup). Yang oven tu lepas ni boleh la buat niaga (meniaga) brownie,” tulis admin pada ruangan kapsyen.
“Dah diberi BETIS minta PAHA. Tak reti nk bersyukur. Orang macam ni buat orang lain takut nak bantu! Ambil kesempatan atas kebaikan orang.”
“Ni bukan untuk kelansungan hidup lagi dah, terang-terang ambik kesempatan. Tengah dalam bencana pun takde sivik jugak, adoi…betul punya tak sedar diri!” antara komen ditulis netizen.
Sementara itu menurut laporan MalaysiaGazette, Ameer Ali berkata nilai kecurian dianggarkan bernilai RM200,000 hingga RM300,000.
Ameer berkata, beliau dan pengurusannya telah meneliti keseluruhan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat gelagat setiap seorang yang terlibat melakukan pencerobohan itu.
“Mereka masuk dan meluru naik ke tingkat satu yang menempatkan barang-barang elektrik. Rakaman sangat jelas,” ujarnya.
[[BACA: Saya Sokong Perbuatan Mencuri Tapi...]]
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan seramai 31 warga asing dicekup bagi membantu siasatan kes pecah dan ceroboh pasar raya Mydin di Taman Sri Muda, Seksyen 25.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.
“Kesemua suspek terdiri daripada 10 warga Indonesia, Nepal (9), Bangladesh (7) dan Myanmar (5).
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Fiza Kamarudin
Wed Dec 22 2021


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!