Hiburan

"Agak Kurang Manis Jika Pihak lain Campur Tangan" - Isu Hukum Faraid, Mufti Wilayah Tampil Bersuara

gempak
Hanafis Haris
22/02/2020
00:00 MYT
Sponsor Banner
"Agak Kurang Manis Jika Pihak lain Campur Tangan" - Isu Hukum Faraid, Mufti Wilayah Tampil Bersuara
Kontroversi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Noorhidayah Mohd Ali telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak.
Antara isu yang terpalit adalah hukum faraid susulan harta peninggalan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang belum diselesaikan.
Bukan hanya netizen, malah isu tersebut telah sampai ke pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri apabila ada netizen bertanya mengenai hukum berkenaan.
Menerusi satu posting terbaru di Twitternya, Zuklifli menjelaskan yang pihaknya yakin keluarga terlibat sedang mengusahakan sehabis baik.
"Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini," katanya. Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Malah, ramai juga yang meminta supaya Zulkifli memberikan penerangan lebih terperinci mengenai hukum faraid.
Terdahulu, menerusi sidang media tergempar pada petang tadi (Jumaat) Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Siti Noorhidayah.
BACA : Ali Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni
Permohonan maaf itu susulan tindakan Ali yang memuat naik posting berbaur emosi di laman sosial Instagramnya.
Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas menonton video live yang dibuat oleh usahwan kosmetik, Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah balu Abam.
BACA: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024