Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Agenda Industri Kreatif Akan DiBincangkan Dengan Kementerian

Ernalisa
01/10/2024 05:25 MYT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan mencadangkan agenda melibatkan industri kreatif untuk membentuk kerjasama penerbitan filem serantau dengan negara-negara Asia Tenggara kepada kementerian berkaitan.

Pengerusi Finas Datuk Kamil Othman berkata, langkah itu sejajar dengan usaha melonjakkan filem Malaysia ke pentas antarabangsa.


BERITA BERKAITAN : Polis Sahkan Sabari Dibunuh, Dicampak Ke Dalam Sungai

BERITA BERKAITAN : “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

BERITA BERKAITAN : Main Pickleball 26 Jam Tanpa Henti, HITZ, MIX dan LITE Lakar Rekod Malaysia Book Records

BERITA BERKAITAN : Kelab Malam Tawar Kalung GRO Cecah RM100,000 Diserbu!


Bagaimanapun ia masih dalam peringkat peringkat perbincangan.

“Tahun depan, apabila Malaysia menjadi pengerusi sidang kemuncak ASEAN, kami akan mencadangkan agenda untuk industri kreatif iaitu memperoleh komisen filem yang setara seperti rakan Finas dari negara Asia Tenggara, dengan mengadakan mesyuarat semasa sidang kemuncak itu.

"Kita akan bentangkan cadangan ini kepada menteri berkaitan,"
ringkasnya kepada media di majlis Sidang Media Asia Pasific Fest KL pada Isnin.

Kamil berkata kerjasama yang dicadangkan itu, bukan sahaja dapat memanfaatkan kepakaran penerbit filem dari negara berbeza, tetapi juga meningkatkan bahagian pemasaran filem.

“Kami yakin, jika kami membuka kerjasama serantau itu dalam aspek penerbitan, pembiayaan dan pemasaran, aspirasi negara kita untuk membawa filem terbitan tempatan melangkaui sempadan Malaysia boleh menjadi kenyataan,” katanya.


Sementara itu, beliau menasihatkan penerbit filem tempatan supaya belajar daripada filem antarabangsa yang memenangi anugerah dan membandingkan jalan cerita dengan filem arahan mereka sendiri.

Beliau juga mengesyorkan penggunaan teknologi moden untuk menjadikan filem mereka setanding dan melepasi halangan bahasa, selain memfokuskan jalan cerita yang lebih inklusif kepada penonton antarabangsa.

#Kreatif #Industri #Kementerian #Agenda #dibincangkan
;