Agensi Jawab Isu Junho 2PM, Yoona SNSD Bercinta Di Luar Set King the Land

Maliah Surip
Julai 3, 2023 14:50 MYT

Percintaan yang terjadi dalam kalangan selebriti bukan hal baharu malah ada yang sampai ke jenjang pelamin.

Terkini pasangan pelakon yang sedang hangat dengan drama King the Land, Junho 2PM dan Yoona SNSD pula dilaporkan bercinta.
BACA: Girls' Generation Kenang Pakai Busana Pentas 2 Hari & Peminat Dari Golongan Mak Mak
Mereka malah didakwa sudah menjalin asmara sebelum memulakan projek drama tersebut. Keduanya kemudian bersetuju untuk berlakon sama selepas menjadi pasangan kekasih.
Fakta tersebut dilaporkan oleh media Korea Selatan, The Proof.
Pihak agensi keduanya iaitu SM Entertainment dan JYP Entertainment bagaimanapun menafikan berita percintaan Yoona dan Junho.
BACA: Junho Is Back! Tamat Latihan Tentera, 2PM Comeback Bakal Jadi Kenyataan?
“Mereka berdua memang rapat tapi laporan mengenai percintaan itu tidak benar,” kata kenyataan yang dikeluarkan JYP Entertainment seperti dilaporkan Koreaboo.
Sebelum terbabit dalam King the Land, keduanya pertama kali berganding dalam sebuah persembahan tarian bersama iaitu Senorita.

#Yoona #2PM #Junho #SNSD