,
Laman Utama

Agong Perkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat Menghadap Serah Memorandum

Awani
23/04/2021
00:50 MYT
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap dan menyerahkan memorandum kepada baginda di Istana Negara.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa itu yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Menurut Khalid, meskipun tarikh menghadap belum ditetapkan, namun beliau yakin perkara itu akan ditetapkan dengan kadar segera bagi membolehkan memorandum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong.
"Patik-patik semua menjunjung kasih di atas kesediaan Yang di-Pertuan Agong bertemu kami," jelasnya lagi.
Khalid telah menerima sepucuk surat dari Istana Negara berhubung perkenan Al-Sultan Abdullah.
Surat itu antara lain menyatakan bahawa baginda telah berkenan untuk menghadap jawatankuasa itu bagi menyerahkan memorandum pada tarikh dan waktu yang akan ditentukan kemudian.
Pada Selasa lalu, jawatankuasa berkenaan hadir ke Istana Negara bagi membuat permohonan agar Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain Khalid, turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam

gempak
03/04/2024
07:30 MYT
Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam
Berita

Sepanjang Lima Tahun Memerintah Negara, Agong Tak Ambil Gaji

gempak
30/01/2024
04:51 MYT
Agong berjiwa rakyat.
Hiburan

"Saya Akan Jelaskan Di Sidang Media Jumaat Depan" - DJ Lin

gempak
13/01/2024
23:38 MYT
DJ Lin memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo berkuat kuasa sejak semalam.
Laman Utama

“Wedding Of The Year” - Agong & Raja Permaisuri Berkenan Singgah Menyantuni Pengantin Baharu Di Sarawak

gempak
12/09/2023
05:50 MYT
Bestnya!