Laman Utama

Agong Perkenan Peletakan Jawatan, Lantik Muhyiddin Sebagai 'Caretaker' PM

gempak
Awani
16/08/2021
07:33 MYT
Sponsor Banner
Agong Perkenan Peletakan Jawatan, Lantik Muhyiddin Sebagai 'Caretaker' PM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Katanya, ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti serta urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.
"Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka Baginda memahami dan menghormati sistem serta proses perundangan negara dan menghormati apa juga keputusan yang dibuat Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembangaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang," kata kenyataan itu.
Baginda berkenan menerima menghadap Muhyiddin di Istana Negara sekitar jam 12.23 tengah hari untuk satu perjumpaan yang berlangsung selama 30 minit.
Selain peletakan jawatan Muhyiddin, Baginda turut berkenan menerima surat peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa pada hari ini.
Terdahulu, Baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live