Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Ahli Farmasi Malaysia Maut Dibunuh Di Australia, Wisma Putra Sediakan Khidmat Kaunseling Kepada Keluarga Mendiang

Gempak
27/10/2024 15:55 MYT
Wisma Putra menyediakan sokongan konsular kepada keluarga Leong Kum Chuan, seorang ahli farmasi Malaysia yang telah dibunuh di Melbourne, Australia.

“Kementerian Luar Negeri menyedari situasi ini dan bantuan sedang diberikan kepada keluarga mangsa.

​​"Kementerian juga berharap agar pihak media menghormati privasi ahli keluarga yang sedang melalui saat sukar ini," kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Rangkaian berita 7News Australia melaporkan bahawa Leong, 29, yang bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan awam sejak 2021, ditemui mati oleh rakan sekerjanya di rumahnya di kawasan Bellfield berhampiran Ivanhoe, Melbourne, kira-kira jam 11.30 pagi pada hari Rabu, 23 Oktober.

Rakan sekerjanya pergi mencarinya setelah Leong tidak hadir di tempat kerja.

Laporan itu turut menyatakan bahawa seorang lelaki gelandangan berusia 54 tahun telah ditahan berkaitan kes ini dan didakwa di mahkamah pada hari berikutnya atas tuduhan membunuh Leong.

Ramai yang mengenali Leong menggambarkannya sebagai "seorang pemimpin berbakat dan mentor kepada ramai ahli farmasi baharu di syarikat (Eastern Health)."

BERITA TRENDING: Wanita Zip Kekasih Dalam Beg Sampai Mati, Dakwa Main Sorok-Sorok

BERITA TRENDING: Tak Kering Gusi! Phua Chu Kang Bergelak-Tawa Di Kuala Lumpur, Peminat Pula Dapat Hadiah Ikan Emas, Ayam & Vakum Rumah

BERITA TRENDING: Nekad 'Larikan ' Bayi Pramatang Berusia 17 Hari

BERITA TRENDING: "Kalau Boleh Nak Dia Jadi Ustazah" - Che Ta, Zain Saidin Enggan Anak Perempuan Jadi Pelakon



Sumber: The Star

#Keluarga #Wisma Putra #Kaunseling #Leong Kum Chuan
;