Penyanyi, Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan bekas peserta Single’s Inferno Musim 1, Choi Si Hoon.

Ikat pertunangan

Memetik laporan Allkpop, penyanyi berusia 35 tahun itu dikatakan telah mengikat ikatan pertunangan dengan Choi Si Hoon, 31.

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, Ailee meluahkan rasa gembira dan terharu dengan penerimaan serta kata-kata positif peminat yang mendoakan kebahagiaan buat dirinya dan kekasih

“Saya bercadang nak kongsikan berita gembira ini bila tiba masanya. Walaupun pada awalnya saya agak kecewa tapi dengan sokongan yang menggalakan daripada anda semua buatkan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang,” tambahnya.

Imbas semula, pada Mac lalu, agensi A2Z Entertainment mendedahkan Ailee sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sekadar info, Ailee dijadualkan menjayakan konsert solo pertama di Kuala Lumpur pada 22 Jun depan.

Sumber: Allkpop

Berita Trending: Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha -…

Berita Trending: “Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian…