HIBURAN
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Curi-Curi Cinta
Setelah heboh pelakon kacak Aiman Hakim Ridza dan pelakon jelita Zahirah Macwilson menjadi pasangan bercinta, kini mereka ada lebih banyak masa bersama.

Terbaru mereka digabungkan dalam Mega Drama berjudul Curi-Curi Cinta yang diadaptasikan daripada sebuah novel.

Mengikut synopsis drama ini, Zahirah yang membawakan watak Intan Raihana, seorang gadis sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan, dia sanggup membuang keluarganya.


Pada masa yang sama, Daniel membenci Intan, tetapi perancangan Tuhan tiada siapa yang dapat mengubahnya. Daniel terpaksa menikahi gadis yang amat dibenci bersama dendam yang tersimpan di hati.
Jangan lupa nantikan Mega Drama Curi-Curi Cinta ini yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video