Isteri kepada penyampai radio Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah sayu melihat anak-anaknya yang merintih untuk memeluk bapanya sepanjang dikuarantin di rumah.

Dalam sepotong video yang dikongsikan Rossa, kedua-dua anak perempuannya kelihatan menghampiri pintu geriji besi untuk bertemu dengan Shuk.

Bagaimanapun, Shuk terpaksa menjauhkan diri daripada dipegang oleh anak-anaknya biarpun mereka menjerit-jerit memanggil namanya ketika itu.

"Anak-anak pun rindu. Nampak je gembira tapi dari riak dan telatah pun tahu happy semacam tengok ayah mereka luar pintu.

"Ain cakap tadi 'Ain nak pegang ayah, sinilah pegang tangan Ain'. Sayu je dengar.

"Nanti ayah balik kita lepak macam selalu. Tengok TV sambil makan keropok yang mama goreng. Tidur ruang tamu," kata Rossa.



Rossa dan kedua-dua anaknya dikuarantin di kediaman mereka selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

"Saya baru balik dari Sabah. Gelang pink.

"Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah tetap sedih macam ni. Patuh SOP semua," ujar Rossa lagi.