Laman Utama

Aina Abdul Nafi Bercinta, Tapi Akui Ada Crush

gempak
Izwan Isa
12/09/2023
12:12 MYT
Sponsor Banner
Aina Abdul Nafi Bercinta, Tapi Akui Ada Crush
Penyanyi Aina Abdul menafikan dakwaan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Sungguhpun begitu, Aina berkata, dia tidak pernah menyekat dirinya untuk mengenali lelaki dengan lebih dekat.
“Mempunyai teman yang rapat tidaklah, bagaimanapun saya tidak menyekat diri saya untuk bercinta.
“Lagipun, kebanyakan lagu-lagu saya diinspirasikan daripada hubungan peribadi kan?
“Saya pun manusia biasa, jadi saya berkawan dengan semua. Namun untuk menamatkan zaman bujang tu lambat lagilah, tidak ke situ lagi,” katanya kepada Gempak.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada Selasa.
Ditanya adakah Aina mempunyai lelaki pujaan hati (crush), jawab Aina: “Kita kan suka tengok benda yang cantik, benda yang handsome, benda yang lawa. Something pleasant to my eyes.
“Kadang kita suka melihat, tapi kita tahu kita ni bukan boleh beri 100 peratus komitmen dan kita tak nak kecewakan pasangan tu juga,” katanya lagi.
Tiket-tiket untuk menyaksikan A Night With Aina Abdul 3.0 akan mula dijual pada 15 September dengan harga bermula RM98 (Silver) hingga RM488 (MIP) di www.ainaabdul.my
BACA SINI: “Saya Renungkan Setiap Teguran Yang Masuk” - Aina Abdul Mahu Cuba Yang Lebih Baik Selepas Ini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live