Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aina Abdul Pilih Berkompromi Dengan Kecaman, Dengar Nasihat Ibu - "Makin Lama Orang Membenci, Itu Semua Doa"

Amri Hassan
13/06/2023 22:55 MYT
Juri tetap rancangan realiti nyanyian popular Big Stage 5, Aina Abdul mendengar kritikan dan nasihat ibunya Zaini Abdullah selepas dihenyak dengan pelbagai kecaman susulan fesyen yang digayakan setiap minggu.

Kata Aina, ibunya selaku penasihat utamanya akan menonton konsert setiap minggu dan akan membaca setiap komen yang ditulis warganet di sosial media.

Jadi, memilih untuk akur dengan pandangan netizen merupakan pilihan terbaik yang dimilik Aina ketika ini demi menjaga hati banyak pihak.

"Selama lima minggu saya pun manusia biasa, ada hati macam semua orang. Kita rasa tak syoklah bila buat sesuatu asyik terfikir orang suka atau tidak. Jadi saya letih dengan kecaman sebegitu.

"Memang ramai kata biar haters cakap apa pun, tapi saya fikir juga perasaan mak saya. Mak saya masih membaca komen-komen itu.

"Saya nak ajak semua orang, bila tulis komen, kalian bukan hanya tulis komen kepada saya tapi juga kepada ibu saya. Mak saya pula suka tengok saya di YouTube, bila dia terbaca komen tak best, saya jadi tak happy bila dia tak happy.

"Dia informer saya, pengkritik utama saya pada hari Isnin setiap pagi. Pagi-pagi Isnin je dah dapat 10 mesej dari dia.

"Bila mak cakap 'Yun, tak payahlah, pakai biasa sajalah. Makin lama orang membenci, itu semua doa.' Jadi saya ikutlah," ujarnya kepada Gempak.

BACA: #BIGSTAGE5: “Ada Bulu Pelepah Tapi She Go Minimalis, Lawa” - Netizen Puas Hati, Aina Abdul Tunai Janji Tone Down Baju

BACA: #BIGSTAGE5: "Sampainya Hati..." - Digelar Besar Kepala, Degil, Aina Abdul Akan Minta Stylist 'Tone Down'

BACA: “Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral

BACA: #BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”


Menjelang hingga ke konsert akhir Big Stage 5, dedah Aina pihaknya akan lebih bertoleransi dan mengolah semula idea asal untuk digayakan setiap minggu kelak.

Pilihan yang ada padanya untuk bergaya sakan hanyalah ketika konsert A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November nanti.

"Ya saya akur apa netizen cakap, kadang-kala okey untuk katakan yes kepada netizen. Saya tak adalah rasa kena lawan atau saya lemah sebab saya ikut, saya tak rasa apa-apa sangatlah. Kalau orang suka sebegini, saya gembiralah.

"Saya dan pasukan sudah banyak 'adjust' hingga ke minggu akhir. Macam-macam idea sebenarnya, jadi kita simpan idea itu ke konsert Aina nanti.

"Saya respek pendapat netizen sebab kita tak boleh nafikan kuasa mereka sekarang, periuk nasi saya dalam industri bukan hanya bergantung pada nyanyian saya tapi saya kena buat orang suka saya.

"Kalau makin ramai tak suka saya pun benda yang tak best juga sebab saya ambil masa sangat lama untuk berada di tahap sekarang.

"Andai kata saya hanya fikirkan diri sendiri saja, saya takut mungkin hilang bahagian itu. Saya masih Aina Abdul, jadi saya akan berkarya di konsert saya, yang mana hanya saya seorang saja di pentas itu jadi saya tak halang sesiapa," tambahnya.



Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.

Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Datuk Seri Rossa.

Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).

#Penyanyi #Fesyen #Juri #Ibu #Big Stage #Aina Abdul #Eksentrik #Big Stage 2023