Filem yang mecatatkan kutipan RM13 juta dalam masa tujuh hari, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menemui pawagam rumah anda, Astro First mulai hari ini 27 Oktober 2022.

Kini kepada yang mahu ulang tonton dan juga kepada belum berpeluang menonton filem aksi yang menerapkan semangat cintakan negara ini boleh melanggan di Astro First siaran 475.

Menariknya filem aksi hebat ini menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.

Jadi kepada yang mahu menonton filem yang menampilkan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini boleh ke Astro First sekarang!