Hiburan

Aisha Retno Hargai Komen Negatif, Anggap Ia Satu Proses Pembelajaran - “Mereka Melihat Persembahan Saya Dan Berani Menegur”

gempak
Asyraf Roslan
08/11/2024
15:50 MYT
Sponsor Banner
Aisha Retno Hargai Komen Negatif, Anggap Ia Satu Proses Pembelajaran - “Mereka Melihat Persembahan Saya Dan Berani Menegur”
Penyanyi, Aisha Retno akui tidak terasa sekiranya ada netizen yang memberikan komen negatif terhadapnya nyanyiannya.
Menurut pelantun lagu Samudera itu, sebagai penyanyi dia menerima segala komen itu dengan hati yang terbuka dan akan cuba memperbaiki segala kesilapannya.
“Dialek dalam lagu Samudera ini ada pelbagai, ada dialek kelantan, ada bahasa mak yong jadi saya faham agak sukar untuk orang tangkap namun daripada melodi yang catchy mereka dapat menerima lagu tersebut.
“Saya ambil dan terima dengan hati terbuka, saya boleh belajar lagi dan improve lagi saya punya dialek Kelantan.
“Tapi saya gembira sebab mereka melihat persembahan saya dan berani menegur kerana sekurang-kurangnya saya boleh belajar banyak lagi, dan kalau ada lagi persembahan saya.
“Saya akan pastikan nyanyian saya akan diperjelaskan lagi,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan

ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Bakal Ambil Alih Gelaran Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Aisha Retno Tidak Menolak Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

Pada masa sama,pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam dia sudah terbiasa dengan komen negatif ini sejak awal kemunculannya dalam industri seni suara.
Namun sebagai anak seni dia tidak boleh hanya mendengar komen yang baik-baik sahaja jika mahu terus berada di dalam industri hiburan tanah air.
“Kalau nak cakap pasal komen nyanyian, sejak daripada saya mula sudah dapat komen-komen seperti itu.
“Tapi seperti yang saya bagi tahu ia adalah proses pembelajaran. Saya suka dengar komen positif dan negatif kerana ia boleh membina saya menjadi seorang penyanyi yang lebih baik.
“Komen-komen positf yang saya terima juga menjadi punca semangat untuk saya berikan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang,” jelas Aisha.
Sekadar info, Aisha Retno memulakan langkahnya di dalam industri pada tahun 2018.
Bukan sekadar menyanyi, Aisha juga mempunyai kebolehan untuk menulis dan juga mencipta lagu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024