,
Hiburan

“Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan

Asyraf Roslan
30/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menyatakan peminat seharusnya meraikan bakat-bakat baharu yang cuba menyanyikan kembali karya daripada penyanyi terdahulu.

Raikan Penyanyi

Menurut pelantun lagu Samudera itu, rakan penyanyi Indonesia, Mahalini sudah membawakan lagu Sampai Menutup Mata nyanyian asal Acha Septriasa itu cukup baik sekali.
“Semua orang kayak menyanyikan lagu sesiapa, asalkan sudah meminta izin secara sah,untuk susunan lagu itu, kita serahkan kepada peminat.
“Tapi bagi saya Mahalini sudah menyanyikan lagu itu dengan baik sekali, jadi kita perlu raikan nyanyikan yang telah disampaikan,” katanya kepada Gempak.
Aisha mengakui bahawa pendengar mempunyai cita rasa yang subjektif dalam sesuatu yang mereka minati namun ia tidak bermakna kita harus membandingkan mana-mana penyanyi dalam membawakan sesuatu karya.
“Pendengar mempunyai pendapat yang berbeza-beza, memang kita kena dengar pendapat mereka namun macam saya katakan, raikan sahaja bakat-bakat ini.
“Kedua penyanyi ini mempunyai kehebatan dan kekurangan. Kalau mengikut saya untuk lagu Sampai Menutup Mata, pembawaan Mahalini lebih mencetuskan rasa manakala Acha pula lebih nostalgia,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

Rakam Kembali

Pada masa sama, bekas peserta The Hardest Singing Show ini juga menyatakan impian untuk merakam kembali lagu Kaulah Segalanya nyanyian asal Ruth Sahanaya.
"Saya dah pernah bawakan lagu ini semasa sertai The Hardest Singing Show, jadi saya rasa kalau ada rezeki saya nak rakam kembali lagu Kaulah Segalanya.
"Lagu itu ada sentimental value untuk saya, sebab lagu tu lagu perkahwinan ibu bapa saya jadi kalau boleh saya nak sampaikan lagu ini buat mereka," kata Aisha.
Aisha Retno ditemui Gempak ketika sidang media pelancaran lagu Samudera.
Terdahulu Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri, peminat masih lagi memilih dan membandingkan nyanyiannya bersama Acha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Penyanyi Ada Cara Mereka Tersendiri” - Afgan Tak Nafikan Akan Ada Netizen Buat Perbandingan, Nasihat Jangan Baca Komen Kalau Tak Kuat

gempak
01/10/2024
08:55 MYT
Bagi Afgan, setiap penyanyi di dunia itu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.
Hiburan

Dikatakan Bakal Ambil Alih Gelaran Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Aisha Retno Tidak Menolak Tapi…

gempak
28/09/2024
08:55 MYT
lagu Sutera itu beranggapan masih terlalu awal jika dia mahu mengambil gelaran tersebut memandangkan baru sahaja mempunyai tiga buah lagu yang bergenre tradisional.
Hiburan

Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

gempak
26/09/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno akui timbul sedikit kontroversi sejak dia melancarkan lagu terbaharunya iaitu Samudera.
Hiburan

Menantu Dituduh Curang, Sule Titip Kata-Kata Semangat Buat Rizky & Mahalini

gempak
21/09/2024
13:55 MYT
Sebagai seorang bapa, Sule menasihatkan anak dan menantunya untuk mengabaikan sahaja fitnah yang dilemparkan oleh individu tidak dikenali itu.
Hiburan

"Tiada Ada Apa-Apa, Saya Hanya Diuji" - Mahalini Tak Marah, Bukan Pertama Kali Dituduh Curang

gempak
21/09/2024
10:25 MYT
Tidak melatah dengan situasi berkenaan, penyanyi berusia 24 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi satu sesi siaran langsung di media sosialnya.
BorakSeeni