,
Hiburan

Aisha Retno & Yuka Kharisma Dedikasi Lagu Penghargaan Buat Frontliners!

Asraf Aided
13/08/2020
10:51 MYT
Dua penyanyi berbakat, Aisha Retno dan Yuka Kharisma kini tampil dengan single terbaru berjudul Terima Kasih.
Mengetengahkan alunan melodi mendayu, single ini ditujukan khas buat semua petugas barisan hadapan yang berjuang ketika pandemik COVID-19 melanda negara kita.
“Lagu Terima Kasih ini kami sampaikan dengan penuh sentuhan kasih sayang kepada semua yang sudah sama-sama bertungkus-lumus membantu kami sepanjang wabak Covid-19 melanda.
"Intipatinya dihuraikan sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang terlibat, rakyat yang patuh berkurung di rumah, dan pejuang-pejuang lain.
“Lagu ini membawa mesej yang sangat universal dan kasih tidak berpenghujung buat setiap insan yang berusaha membantu kita semua melepasi rintangan pandemik ini.
"Sesungguhnya, situasi sekarang ini sangat di luar jangkaan yang menggoncang seisi dunia. Hanya ucapan terima kasih tidak terhingga dalam bentuk ritma dan melodi sekurang-kurangnya, ini cara kami untuk membalas pengorbanan mereka,” kata Aisha.
Terima Kasih boleh didapati di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, KKBox.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
the-hardest-singing-show

THSS: Pertama Kali Tercorot & Hampir Tersingkir, Aisha Retno Menangis Kecewakan Peminat - "Memang Tak Seronok Diumumkan ..."

gempak
01/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno mengugurkan air matanya setelah diumumkan hampir tersingkir di konsert The Hardest Singing Show minggu ke-8 malam tadi.
Berita

MBPJ Anjur 37 Program Sempena Ulang Tahun Ke-18, Aisha Retno, Black, Santesh Antara Artis Yang Bakal Turun Padang!

gempak
26/06/2024
17:40 MYT
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 20 Jun lalu meraikan ulang tahun ke 18 pengiktirafan status bandar raya.
the-hardest-singing-show

THSS: Alami Masalah Teknikal Ketika Persembahan, Aisha Retno Mohon Maaf - "Saya Tak Nak Salahkan Sesiapa, Mungkin ..."

gempak
17/06/2024
05:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kecewa apabila menghadapi masalah teknikal iaitu mikrofon tidak berfungsi ketika melakukan persembahannya di konsert keenam The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

gempak
27/05/2024
01:50 MYT
Penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu ketiga dalam pertandingan The Hardest Singing Show.