Berita

Aishah Dedah Arwah Datuk Panggil Dirinya Dengan Nama Faridah, Ini Sebabnya...

gempak
ZULHILMI JALIL
15/01/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Aishah Dedah Arwah Datuk Panggil Dirinya Dengan Nama Faridah, Ini Sebabnya...
Penyanyi Aishah mendedahkan bahawa arwah datuknya ketika hayat tidak pernah memanggil dirinya dengan nama sebenar.
Sebaliknya, kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, arwah yang dipanggil sebagai 'Tok Bapak' itu lebih gemar memanggilnya dengan nama Faridah yang seolah-olah satu nama yang cukup asing kedengaran.
"Seingat saya, Tok Bapak tak pernah panggil saya Aishah, bahkan juga Nor. Cara terbaik membuatkan seorang anak keliru.
"Arwah Tok Bapak selalu memanggil saya dengan nama Faridah. Hahaha. Mengelirukan! Kenapa? Kerana arwah Tok Bapak suka sangat dengar qariah Kelantan, Hajah Faridah Mat Saman mengaji," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam hantaran itu, Aishah turut berkongsi gambar kenangan bersama arwah datuknya itu.
Jelasnya lagi, kemungkinan arwah datuk mengimpikan agar dirinya untuk bergelar seorang qariah mengikut jejak langkah Faridah.
"Saya agak arwah harap yang mungkin satu hari cucu dia boleh jadi qariah. Allahu, saya tertanya-tanya apalah yang akan difikirkannya kalau dapat tahu 'Faridah' ini membesar menjadi seorang penyanyi," coretnya.
Katanya lagi, biarpun arwah datuknya sudah tiada, memori yang dicipta mereka berdua merupakan kenangan yang membuai rasa rindu kepadanya.
"Saya tak banyak memori bersamanya kerana bila Tok Bapak meninggal saya masih kecil sangat. Yang saya ingat, selalu pegang tangan Tok. Suka sangat dia suruh saya pimpin dia," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live