Viral

Aiskrim Perisa Petai & Ubat Batuk Pula Trending! Apa Rasa Ek?

gempak
Amri Hassan
25/06/2020
10:01 MYT
Sponsor Banner
Aiskrim Perisa Petai & Ubat Batuk Pula Trending! Apa Rasa Ek?
"Makan petai nanti mulut berbau," itu antara keluhan yang sering kita dengar daripada pencinta ulam-ulaman unik itu.
Namun, ulam itu kini trending apabila ada pengusaha tempatan yang mencipta aiskrim berperisa petai!
Menurut Frozen Artisan, pihak mereka mencipta sensasi rasa dan bau petai itu dan diadunkan bersama perisa aiskrim vanila.
"Kami menggabungkan petai yang dipotong halus-halus bersama aiskrim vanila yang paling laris dijual sepanjang masa. Ia semestinya disukai oleh pencinta petai," tulis mereka menerusi akaun Facebook.
Selain itu, Frozen Artisan turut menghasilkan aiskrim perisa kuih talam, teh tarik earl grey dan durian Musang King.
Lain pula pilihan Merry Me Ice Cream, jenama tempatan itu menghasilkan aiskrim berperisa ubat batuk yang paling popular di Malaysia sepanjang zaman, Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak.
Diberi nama Pei Pa Koa, aiskrim itu mungkin helah bijak untuk memujuk anak anda untuk meminum ubat batuk.
"Sekarang anda boleh makan aiskrim yang sedap untuk mengubati sakit kerongkong anda," tulis mereka di Facebook.
Selain perisa ubat batuk, Merry Me Ice Cream turut menghasilkan aiskrim perisa gula melaka dan salted egg oreo.
Jadi, apa kata anda pula kongsikan pengalaman merasai aiskrim perisa unik yang viral ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live