Skip to main content

Selebriti

Amir Masdi Pun Teruja Pegang ‘Mr Bola-Bola’, Siap Puji Trofi OG Akademi Fantasia - “Baru Rasa Juara, Rasa Hebat!”

Amir Masdi Pun Teruja Pegang ‘Mr Bola-Bola’, Siap Puji Trofi OG Akademi Fantasia - “Baru Rasa Juara, Rasa Hebat!”

Sekilas

  • Amir Masdi berpeluang memegang trofi ikonik Akademi Fantasia 'Mr Bola-Bola' milik juara AF8, Shahir Zawawi, untuk merasai pengalaman istimewa itu.
  • Amir membuat persembahan di Gegar Vaganza Fantasia dengan lagu Pemilik Cinta dan Nurcinta, namun tidak bertanding dalam program tersebut.
  • GV Fantasia musim ke-13 menampilkan juara dan alumni AF dengan undian Hot Seat dibuka kepada penonton sehingga Jumaat, 6 petang.
Advertisement

Penyanyi, Amir Masdi meluahkan rasa teruja apabila dapat memegang sendiri trofi ikonik Akademi Fantasia yang dikenali dengan gelaran ‘Mr Bola-Bola’.

Menurut Amir, trofi tersebut sebenarnya milik juara AF8, Shahir Zawawi tetapi dipegangnya untuk merasai sendiri pengalaman memegang trofi ikonik berkenaan.

Advertisement

Malah, Amir juga turut menyifatkan trofi berkenaan sebagai cukup istimewa dan mempunyai nilai tersendiri kerana reka bentuknya yang unik serta ikonik sejak program itu diperkenalkan.

“Baru rasa juara, ini sebenarnya Shahir punya, saya pinjam sebab saya punya trofi tak ada orang ni. Trofi saya design yang baru ada tulis AF.

“Bila pegang yang ‘The OG’ punya saya rasa hebat. Cantik dan ikonik trofinya. Sekarang saya serahkan kepada juara sebenar,” katanya sambil tersenyum.

Untuk info, trofi ikonik ‘Mr Bola-Bola’ adalah rekaan trofi asal yang diberikan kepada juara-juara musim awal program fenomena Akademi Fantasia.

Advertisement

Trofi ikonik ini terkenal dengan julukan ‘Mr Bola-Bola’ kerana reka bentuknya yang unik dan kepala patung berunsurkan bentuk bulat atau bola yang agak berat.

Untuk info, kehadiran Amir di Gegar Vaganza Fantasia adalah untuk membuat persembahan dan meraikan legasi Akademi Fantasia.

Amir yang hadir turut menyampaikan dua buah lagu iaitu Pemilik Cinta dan Nurcinta.

Kehadiran Amir pada mulanya menimbulkan tanda tanya sama ada dia bakal menjadi salah seorang calon Hot Seat atau sekadar membuat persembahan.

Bagaimanapun, pada penghujung rancangan, Amir dan seorang lagi penyanyi, Sufie Rashid disahkan bukan bintang yang bertanding.

Dalam pada itu, penonton boleh mula mengundi bintang pilihan masing-masing bagi merebut tempat menerusi kerusi Hot Seat GVF.

Barisan calon Hot Seat diperkenalkan selepas hampir kesemua naib juara dan finalis AF yang terlibat selesai membuat persembahan, sekali gus membuka peluang kepada penonton menentukan pilihan mereka.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. 

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.

GV Fantasia dikendalikan oleh trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala kerusi juri dibarisi Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka. 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement