Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Mila Jirin Akui Berdebar Nak Dengar Komen Juri - “Sampai ‘Blank’, Tiba-Tiba Rasa Tekak Kering…”

GV Fantasia: Mila Jirin Akui Berdebar Nak Dengar Komen Juri - “Sampai ‘Blank’, Tiba-Tiba Rasa Tekak Kering…”

Sekilas

  • Mila Jirin berdebar ketika membuat persembahan minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) tetapi bersyukur mendapat pujian daripada ketua juri, Datuk Ramli MS.
  • Persembahan Mila berjaya mendapat tempat kedua dengan markah 66.51 peratus, dan dia fokus memberikan yang terbaik untuk peminat yang sentiasa menyokongnya.
  • GVF musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan 25 bintang Hot Seat yang bakal bersaing, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.
Advertisement

Bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Mila Jirin mengakui berdebar apabila tiba saat untuk mendengar komen daripada barisan juri sebaik sahaja selesai membuat persembahan.

Bagaimanapun, Mila meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat pujian daripada ketua juri, Datuk Ramli MS.

Advertisement

Menurut Mila, perasaan berdebar yang dialaminya itu membuatkan dia teringat kembali pengalaman ketika menghadiri sesi uji bakat Akademi Fantasia (AF) suatu ketika dahulu.

“Saya sampai blank siapa yang akan bagi komen sebab saya dah rasa berdebar-debar, tiba-tiba rasa tekak kering.

“Masya-Allah, perasaan tu rasa macam nak pergi uji bakat Akademi Fantasia dulu-dulu. Tapi alhamdulillah, mungkin walaupun saya dah lama tak berada atas pentas, tapi adalah pengalaman-pengalaman yang saya kutip dulu-dulu.

“Jadi kita macam giving back, macam recovery, recall balik semua pengalaman yang ada,” katanya ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Dalam pada itu, Mila juga berkata dia berasa sangat gementar ketika membuat persembahan di minggu pertama memandangkan sudah lama tidak beraksi di pentas sebesar GVF.

Jelas Mila lagi, disebabkan itu juga dia meletakkan sepenuh fokus untuk memberikan persembahan terbaik sebagai menghargai sokongan peminat yang tidak pernah putus.

“Masa buat persembahan sebenarnya saya sangat berdebar sebab sudah lama saya tinggalkan pentas sebesar itu.

“Tapi saya hanya fikir nak bagi yang terbaik kepada yang menyokong sebab kalau saya lihat dah lama saya tinggalkan pentas tapi peminat tetap datang bagi sokongan.

“Saya adalah orang yang absorb energi, mungkin bila saya dapat sorakan tu energi terus datang,” jelasnya.

Minggu pertama GVF menyaksikan Mila yang menyampaikan lagu Persis Mutiara berada ditempat kedua dengan peratusan markah sebanyak 66.51 peratus.

GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Bintang yang dimaksudkan adalah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Minggu pertama juga turut memperkenalkan senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat yang bakal dipilih untuk memasuki GVF.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. 

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

Anda mungkin berminat dengan

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement