Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
Amri Hassan
01/09/2024 09:28 MYT
01/09/2024 09:28 MYT
'Doakan saya, ujian saya sangat berat'. Itu reaksi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azhari berkaitan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
Memetik laporan portal tempatan, Aisyah berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan dirinya sendiri.
"Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.
"Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang," katanya pada Ahad.
Pempengaruh berumur 26 tahun itu berkata, ujian yang dilalui ketika ini amat berat untuk ditempuhi.
"Sejak bulan lepas sebenarnya saya failkan penceraian, doakan saya sebab ujian saya sangat berat," jelas ibu kepada tiga orang anak ini.
Pasangan ini kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Rumah tangga pasangan pempengaruh ini difahamkan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.
Memetik laporan portal tempatan, Aisyah berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan dirinya sendiri.
"Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.
"Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang," katanya pada Ahad.
Pempengaruh berumur 26 tahun itu berkata, ujian yang dilalui ketika ini amat berat untuk ditempuhi.
"Saya harap orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga saya dipermudahkan.
"Sejak bulan lepas sebenarnya saya failkan penceraian, doakan saya sebab ujian saya sangat berat," jelas ibu kepada tiga orang anak ini.
BERITA TRENDING: Alif Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Pasangan pempengaruh iaitu Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.Pasangan ini kemudian dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.