,
Hiburan

Ajar Anak Solat, Kenalkan Kalimah Allah...Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Didik Anak Di Usia Kecil

Asraf Aided
10/01/2020
09:03 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi video mengajar anak kembarnya Adam dan Noah untuk solat dan mengenali kalimah Allah.
Muszaphar berkongsi video menarik itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Muszaphar, proses mengajar itu bukanlah satu perkara mudah kerana membabitkan dua anak pada satu masa.
"Mengajar mereka bukanlah satu perkara mudah kerana mereka berdua, tak mengapa, pahala 'double'.
"Adam dan Noah telah menunjukkan minat untuk solat, mereka selalu meniru cara solat kerana melihat kami menunaikannya," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Muszaphar turut menyarankan penganut agama Islam untuk memperkenalkan kalimah Allah kepada anak-anak sejak usia kecil mereka.
"Saudara Islam sekalian, cubalah untuk memperkenalkan kalimah Allah kepada anak-anak sejak usia kecil mereka, nanti suatu masa mereka akan tanya siapa Allah, itu menunjukkan akal dan mereka boleh berfikir," tambahnya.
Sekadar info, Muszaphar dan isterinya, Datin Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (kembar perempuan) dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan, Netizen Ucap Tahniah Pada Anak Gadis Dr Sheikh Muszaphar - “Semoga Terus Sukses”

gempak
17/12/2023
13:58 MYT
Wah tahniah Bella.
Laman Utama

[VIDEO]: “Alhamdulillah” - Bakal Timang Baby Lagi, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Reaksi Anak, Siap Guna Lagu Tema World Cup BTS Jungkook

gempak
02/12/2022
06:47 MYT
Wah anak ketujuh dah ni, meriahnya family nanti. Love!
Laman Utama

“Ingatkan MRSM..” - Sheikh Muszaphar Bangga 2 Sekolah Harian Berjaya Raih ‘Top 10 Sekolah Terbaik Dunia’

gempak
10/06/2022
11:34 MYT
Fuh, hebat!
Laman Utama

Konon Hendak Beri Nasihat Kepada Anaknya Agar Tak Berjaga Malam – Ini Reaksi Yang Diterima Sheikh Muszaphar

gempak
09/07/2021
00:50 MYT
Angkasawan kita ni ada empat orang anak yang masih kecil
Laman Utama

“Syukur Dia Masih Hidup”- Sheikh Muszaphar Dedah Pemuda Palestin Merupakan Kanak-Kanak Yang Dijumpai Masa Kecil

gempak
18/05/2021
06:16 MYT
Wah dah besar dah budak tu!
BorakSeeni