Drama Scammer kembali untuk musim kedua dengan plot yang lebih mengejutkan dan barisan pelakon terkenal.
Diarahkan oleh Norhanisham ‘Labu’ Muhamad, Scammer 2 kali ini mengandingkan pelakon handalan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Fatin Nabilah dan ramai lagi.
Menurut pengarah Norhanisham, Scammer musim kedua ini diharap dapat memberikan pengajaran kepada penonton agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang penipuan.
“Banyak pengajaran dan moral dalam drama Scammer 2 ini yang membantu penonton agar tidak menghadapi penipuan dalam hidup realiti yang berlaku pada rakyat Malaysia sekarang ini.
“Penonton perlu menonton drama ini kerana banyak plot-plot yang kita tak akan jangka berada dalam drama Scammer 2 ini,” jelas Norhanisham.
Mengetengahkan barisan aktor yang berkaliber, chemistry diantara pelakon harus dijadikan pujian dan menjadi antara penguat jalan cerita ini.
“Drama ini menampilkan gandingan pelakon-pelakon yang hebat. Chemistry antara para pelakon sangat memuaskan dan bagi pihak pengarah, saya berasa ia sangat memuaskan hati saya.
“Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain dalam pembikinan drama ini,” ujarnya lagi.
Demi menjanjikan plot yang menarik untuk hiburan penonton, kesuntukan masa menjadi halangan utama dalam pembikinan drama tersebut.
“Dalam menghasilkan drama ini, kami agak kesuntukan masa untuk mendapatkan scene yang menarik untuk menghabiskan plot-plot drama ni.
“Penonton akan dikejutkan dengan peranan Beto, Farah Nabila dan Zahiril Adzim yang bermain dengan berbagai-bagai karakter dalam satu watak,” tambahnya.
Scammer 2 mengisahkan Taqriz (lBeto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam sebuah penjualan tanah di kampung.
Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz pula tidak percayakan sesiapa.
Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz, sebagai kambing hitam.
Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agma?
Saksikan drama bersiri Scammer 2 bermula 18 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Azwa Rahman
Fri Apr 15 2022


“Siapa Yang Tahu, Tahu..” - Video Mengaji Tular, MK Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi
Tak mahu menunjuk.

Baring Dalam Kubur, Badan Aishah Ilias Tumbuh Gelembung Gatal... Pengarah Dedah Kerap Berdepan Gangguan Mistik Ketika Penggambaran Filem Musyrik!
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.

The House Kamal Uqasha | “This Trip Is Just A Beginning ”| Episod 10
Keluarga Uqasha dan Kamal sediakan satu kejutan untuk mereka. Kamal dan Uqasha nikmati makan malam romantis sambil terkenang apa yang mereka lakukan dalam roadtrip ini. Tonton episod penuh di Astro Ria atau korang boleh strim di Astro Go dan VOD sekarang! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak #TheHouseKamalUqasha

Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.

“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya