Laman Utama

Akaun Media Sosial China Lisa Blackpink Tidak Boleh Diakses, Diboikotkah?

gempak
Maliah Surip
03/11/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Akaun Media Sosial China Lisa Blackpink Tidak Boleh Diakses, Diboikotkah?
Akaun media sosial versi China milik Lisa Blackpink iaitu di Weibo dilaporkan tidak lagi dapat diakses atau telah ‘hilang’ hanya beberapa minggu selepas kontroversi yang melanda dirinya.
Akaun rasmi dengan nama @lalalalisa_m didapati sudah hilang sejak beberapa hari lalu dengan alasan telah menerima aduan melanggar undang-undang.
“Akaun ini tidak boleh diakses kerana aduan melanggar undang-undang dan peraturan seperti yang relevan dengan Weibo Community Management Regulations,” tulis kenyataan yang tertera pada akaun tersebut.
Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah jenis aduan yang diterima Weibo sehingga menyekat akaun penyanyi kelahiran Thailand tersebut.
Sebelum ini tindakan Lisa muncul di sebuah kelab satira dan terkenal dengan tarian erotik, Crazy Horse di Paris telah menimbulkan pelbagai persepsi.
Tindakan Lisa membuat persembahan di kelab tersebut disifatkan tidak bermoral sehingga peminat-peminatnya di Asia terutama Korea Selatan dan China mahu memboikot wanita itu.

PILIHAN PEMBACA: Dipuja Dunia, Lisa Blackpink Tak Akan Lakukan Hal Ini Kerana Takut Ibu

BERITA TRENDING: Pengarah & ‘Screenwriter’ Malaysia, Adele Lim Diiktiraf Asian Hall Of Fame, Sebaris Lisa BlackPink!
BERITA TRENDING: Masih Cantik Walau Berpeluh Berpanas, Peminat Samakan Jasmine Suraya Dengan Lisa...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live