Laman Utama

Pengarah & ‘Screenwriter’ Malaysia, Adele Lim Diiktiraf Asian Hall Of Fame, Sebaris Lisa BlackPink!

Gempak
01/11/2023
10:30 MYT
Pengarah, produser dan ‘screenwriter’, Adele Lim mengharumkan nama negara apabila diiktiraf dalam Asian Hall of Fame 2023 yang berlangsung di Biltmore Hotel, Los Angeles 21 Oktober lalu.
Adele yang dikenali sebagai co-screenwriter untuk filem Crazy Rich Asians telah diiktiraf dalam anugerah tersebut bersama dengan bintang Asia tersohor lain seperti Lisa Blackpink, Far East Movement, artis EDM TOKiMONSTA dan ramai lagi.
Merakamkan rasa gembira atas pengiktirafan tersebut, Adele turut mengucapkan tahniah buat ikon lain.
"Terharu dipilih antara senarai inductees Asian Hall of Fame 2023. Turut berbangga dengan pencapaian pelayar solo dari Vietnam, Kiet Nguyen, yang dianugerahkan US Navy Cross atas keberaniannya.
"Terima kasih buat @renhanami dan kenalan yang menjadi sebahagian daripada perjuangan karier saya," tulisnya.
Memulakan kariernya sebagai koordinator skrip Xena: Warrior Princess anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu mencuri perhatian apabila terbabit dalam produksi filem pecah panggung, Crazy Rich Asian.
Adele turut terlibat dalam penulisan untuk pelbagai siri televisyen terkenal dan filem animasi Disney, Raya and the Last Dragon.
Terbaharu Adele berjaya mengarahkan filem pertamanya berjudul Joy Ride yang dibintangi Ashley Park, Sherry Cola dan Sabrina Wu.
Sekadar info, Anugerah Asian Hall of Fame telah ditubuhkan pada tahun 2004, sebagai penghargaan kepada sumbangan orang Asia di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.
Sumber: World of buzz, Asian Feed
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.