Sebelum ini, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Melania Trump sering mengelak untuk berpegangan tangan di khalayak ramai bersama suaminya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Namun begitu, segalanya berubah ketika pasangan ini menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

Mereka kelihatan intim berpegangan tangan di acara tersebut yang disambut di White House pada 4 Julai Lepas.

Melania baru sahaja selesai menjalani pembedahan buah pinggang beberapa minggu lepas dan kini kembali aktif seperti biasa.


Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com