Laman Utama
Akhirnya PU Riz Bersuara - "Allah Will Resolve Everything..."
Selepas berdiam selama beberapa hari akhirnya tunang kepada personaliti dan usahawan popular Neelofa, Pencetus Ummah (PU) Haris tampil bersuara.
PU Haris atau lebih dikenali sebagai PU Ris memuat naik status menerusi laman sosial Instagram (IG) pada ruangan ‘Insta Story” kira-kira jam 11 pagi tadi (Isnin).
Menerusi ruangan tersebut PU Ris memuat naik sepotong tulisan dalam Bahasa Arab disertai dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris iaitu “And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine” (Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan).
Malam tadi Neelofa tampil menjawab spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dan PU Riz selepas ia semakin hangat diperkatakan netizen.
Neelofa melalui siaran IGTV di akaun IG, menjelaskan semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menjadi viral sejak kelmarin sebagai tidak berasas serta mengarut.
Bekas pengacara MeleTop itu menafikan telah bernikah dengan PU Riz, dakwaan terkena minyak pengasih dan memberi sebanyak RM100,000 kepada tunangannya itu.
Neelofa bagaimanapun tidak menjelaskan punca ahli keluarganya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial IG serta mengenai status yang dimuat naik mereka di ruangan IG Story.
Terdahulu, Gempak pada 1 November melaporkan Neelofa sah dirisik PU Riz dan perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini menerusi entri di IG.
Namun pada Sabtu lalu, Noor Kartini serta anak-anaknya yang lain telah memadam foto bersama Riz dan Neelofa yang diambil ketika hari merisik tersebut.
Perkara tersebut kemudian mencetus pelbagai spekulasi di kalangan netizen termasuk yang mengatakan hubungan PU Riz dan Neelofa sudah berakhir.
BACA:
Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih PU Riz