,
Laman Utama

Neelofa Nafi Sudah Berkahwin, Beri RM100,000 & Terkena Minyak Pengasih PU Riz

Asraf Aided
27/12/2020
12:08 MYT
Neelofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya yang didakwa sudah dinikahkan bapanya, secara dengan PU Riz di Kelantan.
Hos yang juga seorang usahawan itu juga menafikan dua pertuduhan lain termasuk telah memberi wang sebanyak RM100,000 kepada kekasihnya itu serta telah terkena minyak pengasih PU Riz.
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang diberikan Neelofa sekitar pukul 7.55 malam tadi.
Kenyataan Rasmi Noor Neelofa Mohd Noor
Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.
Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.
Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :
• Kononnya terkena buatan minyak pengasih. Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.
• Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.
• Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.
Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.
Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.
Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.
Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.
Tamat.
Noor Neelofa Mohd Noor Terdahulu, Gempak pada 1 November melaporkan Neelofa sah dirisik PU Riz. Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu Neelofa, Noor Kartini menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
BACA : Neelofa Sah Dirisik PU Riz
Namun semalam, Noor Kartini telah memadam foto bersama Riz dan Neelofa yang diambil ketika hari merisik tersebut dan kemudian pelbagai spekulasi timbul di kalangan netizen yang mengatakan hubungan mereka sedang dilanda ujian.
Malah, tinjauan Gempak juga mendapati ibu dan adik beradik Neelofa telah berhenti mengikuti PU Riz di akaun media sosial mereka.
BACA : Ibu & Adik-Beradik 'Unfollow' & Delete Foto Pertunangan...Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?
Walaubagaimanapun, tinjauan Gempak hari ini juga mendapati Neelofa dan PU Riz masing-masing masih saling mengikuti akaun di Instagram mereka.
BACA : Neelofa & PU Riz Masih Saling 'Follow' Di Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Unitar