Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Akibat Hantar Rafael Ke Sekolah, Mawar Rashid Dituduh Malas Jaga Anak - "Saya Tak Nak Bazirkan Masa Berharga Ini Untuk Dia Belajar ..."

Zulaikha Yusof
31/12/2020 03:15 MYT
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid, 25, mendedahkan menerima komen negatif di Instagram (IG) yang mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab menjaga anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael.

Tuduhan itu berpunca dari tindakan Mawar yang menghantar Rafael ke sekolah ketika usianya baru setahun.

"Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi tu baru setahun.

"Perasan juga Rafael kecil Mawar macam tak jaga dia. Pembantu rumah (maid) dan mak Mawar yang jaga.

"Mawar macam tak suka anak. Tapi sibuk bunting lagi," tulis netizen.



Susulan itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memilih untuk tidak mendiamkan diri.

Kata isteri kepada aktor Raf Yaakob ini, dia memaafkan serta berdoa agar individu terbabit lebih bercakap tentang perkara baik.

"Semalam dapat direct message (DM) negatif ni tap satu ni ja la yang negatif camni.

"Astagfirullah.. Semoga Allah swt bersihkan hati awak. Apa pun saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat atau cakap tentang kebaikan," balas Mawar.

Menerusi posting berbeza, Mawar menjelaskan dia tidak ingin mensia-siakan kelebihan Rafael yang bijak di samping suka belajar tentang banyak perkara.

"Macam Mawar, saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai perniagaan, pekerjaan selebriti saya, mesyuarat di sana dan sini.

"Mawar tak boleh nak bagi masa sepenuhnya kat Rafael, sebab tu Mawar memutuskan untuk hantar Rafael ke sekolah untuk belajar sebab sekolah akan mengajar macam-macam.

"Dah la Rafael tengah fasa bijak betul, fasa dia tengah absorb a lot of things. Saya tak nak bazirkan masa berharga ini untuk dia belajar.

"Mawar memang cari sekolah yang guna montessori method, jadi dia bukan hanya jaga ja. Rafael akan main sambil belajar, akan improve social skills dan macam-macam skills yang lain juga.

"Cikgu akan buat macam-macam aktiviti, untuk Rafael jadi lebih berdikari," katanya.



Mawar mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.



#pelakon #sekolah #Mawar Rashid #Usahawan #Rafael
;