Sejak kebelakangan ini, penyanyi Adira Suhaimi dilihat sering menghasilkan kandungan di media sosial bersama anak perempuannya, Anggerik.

Ramai dalam kalangan peminat dan pengikut pelantun lagu Ilusi itu menggemari video-video yang dikongsikan oleh anak beranak itu. Menurut mereka, kandungan yang dihasilkan oleh Adira sungguh menghiburkan.

BACA: 8 Tahun Bermadu, Adira Suhaimi Mahu Jalani Kehidupan Berpoligami Dengan Tenang - "Bahagian Saya Sudah Lama Berlalu..."

Namun, di sebalik kandungan video yang penuh kelucuan, tentulah Adira sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap pengguna internet yang kurang sopan dan juga mereka yang berniat jahat.

“Anak pertama saya, Anggerik memang saya dedahkan dengan dunia media sosial. Tapi, sudah pasti saya pantau pergerakan anak saya ketika dia menggunakan internet.

A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)


“Bukan sebab nak tunjuk sahaja, tapi sebab dia dah minat dan saya cuba bantu dia untuk boost confident dan expose kan diri. Sebagai contoh macam mana nak jumpa orang dan berhadapan dengan kamera… bagi dia faham shooting macam mana.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang komen buruk atau diganggu lelaki-lelaki yang berniat tidak baik,” katanya kepada Gempak.

Adira menambah, dia sentiasa bersedia dengan komen-komen netizen, khususnya selepas Anggerik semakin popular di media sosial.

BACA: [VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - "Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia..."

“Saya bersedia. Macam saya selalu cakap dengan dia, bukan semua orang suka kita. Macam komen-komen tu, dia masih belum pandai membaca. Cuma saya nak cuba dedahkan dia awal-awal (mengenai komen yang negatif).

“Bukanlah nak bagi dia kental ke apa, cuma nak bagi dia faham sikit-sikit. Jadi, saya memang dah ready sebab saya faham sangat mulut netizen ni macam mana,” kata Adira lagi.